Datuk
Seri Najib Razak mengakui bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad masih
mempunyai pengaruh yang kuat dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN),
mengatakan bahawa perdana menteri keempat itu masih
“memantaunya”.
Sementara melancarkan perhimpunan agung tahunan (AGM)
Parti Progresif Rakyat (PPP) hari ini, Najib mengucapkan tahniah kepada
Dr Mahathir kerana wawasannya menuju Wawasan 2020, pelan untuk
Malaysia mencapai negara maju yang dilancarkan pada tahun 1991.
“Dia ada tugas yang mudah, tapi tugas saya susah,” kata Najib dalam nada bergurau.
“Dia umumkan wawasan tersebut, tetapi saya perlu mengisi wawasannya. Sebab dia masih memantau saya.”
Dr
Mahathir juga disebut oleh presiden PPP Datuk Seri M Kayveas dalam
ucapannya, dengan berterima kasih kepada bekas perdana menteri tersebut
kerana sumbangannya kepada negara.
Kayveas
menggambarkan Dr Mahathir sebagai “sebutir mutiara yang tidak ternilai
harganya” dan arkitek Malaysia moden, yang beliau katakan punca
pengaruh PPP untuk terus relevan.
“Tidak
salah saya katakan, PPP diberi pengiktirafan dan sokongan yang padu
pada zaman Tun (Dr Mahathir Mohamad) sehingga menjadi parti yang mantap
dari zaman kegelapan,” kata Kayveas dalam ucapannya di hadapan 4,000
ahli PPP hari ini.
Dr
Mahathir hadir dalam acara hari ini dan berkata BN boleh mendapat
majoriti dua pertiga majoriti parlimen dalam pilihan raya nanti.
“Saya rasa hari ini kita boleh nampak, PPP contohnya, mempunyai semangat yang cukup baik,” kata Dr Mahathir selepas perhimpunan PPP hari ini.
“Saya rasa hari ini kita boleh nampak, PPP contohnya, mempunyai semangat yang cukup baik,” kata Dr Mahathir selepas perhimpunan PPP hari ini.
“Anda
boleh lihat, anda boleh merasainya. Saya percaya kita boleh lakukan
dengan lebih baik dari pilihan raya yang lalu, dan mungkin boleh
mendapat dua pertiga majoriti.”
Bekas
perdana menteri itu masih aktif sejak meletak jawatan dari pemimpin
tertinggi Umno pada Oktober 2003, tetapi menjadi semakin penting setiap
kali BN menghadapi pilihan raya.
Pemimpin
pembangkang sering mengkritik Umno dan Najib kerana takut dengan
pengaruh Dr Mahathir dan enggan untuk mendiamkan beliau, dan memberi
amaran bahawa kenyataan radikal bekas perdana menteri itu mungkin
menggoyangkan sokongan golongan pertengahan Najib.
Najib, tidak mengkritik Dr Mahathir, seperti presiden sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Abdullah,
yang dipilih oleh Dr Mahathir sebagai perdana menteri selepas meletak
jawatan, telah menjadi ahli politik yang sangat berkuasa dengan
menggunakan polisinya sendiri dan enggan merujuk nasihat Dr Mahathir
dalam pentadbiran.
Dalam pilihan raya 2008, BN mengalami kekalahan paling teruk menyaksikan Umno dalam keadaan paling lemah apabila tidak berjaya mendapatkan dua pertiga majoriti dan tewas empat negeri kepada pembangkang.
Dalam pilihan raya 2008, BN mengalami kekalahan paling teruk menyaksikan Umno dalam keadaan paling lemah apabila tidak berjaya mendapatkan dua pertiga majoriti dan tewas empat negeri kepada pembangkang.
Najib semalam memuji bekas perdana menteri itu kerana secara “sukarela” berkempen untuk Umno.
Dr Mahathir, yang duduk di kerusinya di Dewan Merdeka, kelihatan terkejut apabila menyebut namanya.
Apabila
orang ramai di dewan memberi tepukan gemuruh kepada bekas perdana
menteri itu, Dr Mahathir tersenyum dan melambai tangan tanda menerima
penghargaan kepada beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan