Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) sebentar tadi mendakwa keluarga bekas Perdana Menteri kelima, Abdullah Ahmad Badawi terlibat dalam pembekalan meter melalui program penggantian meter analog kepada elektronik Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Pengerusi
Biro Pelaburan PKR, Wong Chen berkata, syarikat Obata-Ambak Holdings
Sdn Bhd yang dimiliki Noor Asiah Mahmood (gambar atas), adik kepada
isteri pertama Abdullah, Allahyarham Endon Mahmood, memiliki 15 peratus
pegangan saham dalam Malaysian Intelligence Meters Sdn Bhd, salah sebuah
daripada lima syarikat yang membekalkan meter elektronik tersebut
kepada TNB.
Beliau
turut berkata, program yang dihentikan sementara waktu atas arahan
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air (KeeTha) Peter Chin Fah Kui
pada Oktober lalu menunjukkan pengguna akan membayar sebanyak RM6.88
bilion kepada keuntungan TNB dalam tempoh 10 tahun.
“Kajian kami menunjukkan TNB mempunyai 8.03 juta pengguna sekarang ini dan harga purata setiap meter berharga RM250.
“Justeru
itu, program ini berpotensi mencapai sehingga RM2 bilion.
“Untuk tahun
kewangan 2012, hasil TNB daripada semua pengguna adalah RM34.4 bilion.
“Jika
meter elektronik ini memberi peningkatan konservatif dua peratus, beban
tambahan pengguna adalah sebanyak RM688 juta setahun.
“Memandangkan
jangka hayat meter ini adalah 10 tahun, pengguna akhirnya akan membayar
sehingga RM688 bilion kepada TNB bagi tempoh itu,” kata Wong Chen
kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.
Pengarah
Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang turut hadir ketika sidang
media itu berkata, isu itu bukan lagi isu kecil kerana pengguna dibebani
peningkatan sehingga 50 peratus kos bil elektrik mereka.
“Justeru,
PKR menggesa ketelusan dan kebertanggungjawaban TNB dalam perkara ini
untuk mendedahkan siapa pembekal meter elektronik ini, harga yang
dibayar untuk meter ini, adakah harganya berdaya saing mengikut standard
tempatan dan antarabangsa, dan adakah tender dibuat secara terbuka atau
runding terus?” tanya Nik Nazmi.
“Kami
juga menuntut diwujudkan badan bebas yang dibiayai TNB bagi menyiasat
aduan pengguna yang diberi kuasa menguji meter baru sebagai
penimbangtara dan membuat dapatan bebas yang mengikat TNB dan pengguna,”
kata Adun Seri Setia itu lagi.
Oktober
lalu, Peter Chin berkata TNB menghentikan penggantian meter elektrik
analog kepada elektronik sehingga satu prosedur operasi standard (SOP)
ditetapkan.
Perkara
itu diputuskan selepas aduan diterima daripada pengguna mengatakan
bahawa penggantian meter analog kepada meter digital baru membawa kepada
kadar bil elektrik yang tinggi, termasuk caj “retrospektif”.
“Operasi masih akan diteruskan tetapi tugas pertama kami adalah mendidik orang ramai mengenai meter baru,” kata Peter Chin.
Beliau,
bagaimanapun, berkata penggantian masih akan dilakukan terhadap meter
isi rumah yang rosak dan meter pengguna yang disyaki mengalami kecurian.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan