HALAMAN SANTAI

Sabtu, 8 Disember 2012

Buku kartun dedah kepincangan Selangor diedar percuma

 
Buku bertajuk "Selangor Ku Sayang" ini di antara lain, mendakwa kerajaan negeri gagal mengurus kewangan negeri dengan cekap. 



KAJANG: Buku kartun setebal 26 muka surat yang mendedahkan kepincangan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor di bawah kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diedarkan secara percuma di Kajang.

Bagaimanapun buku kartun bertajuk “Selangor Ku Sayang” ini tidak mengandungi nama penulis, penerbit dan tahun penerbitan. Semua dakwaan di dalam buku kartun berwarna ini ditulis dengan huruf besar.

Antara dakwaan yang dibuat di dalam buku ini ialah kerajaan negeri telah menampung kos rawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Damansara Utama Dr Cheah Wing Yin sebanyak RM330,367.96 di Pusat Perubatan Sunway.

“Kenapakah perlu beliau menerima rawatan di pusat perubatan swasta yang sudah diketahui perbelanjaannya yang tinggi berbanding dengan pusat perubatan kerajaan,” komen buku itu.

Terdapat juga dakwaan bahawa kerajaan Selangor gagal menguruskan kewangan negeri dengan cekap sehingga membuat permohonan peruntukan sebanyak tiga kali dalam tahun 2010 iaitu RM69 juta dalam bulan Mac, RM117 juta (Julai) dan RM8 juta (November).

Kejadian intipan menggunakan kamera litar pada awal tahun ini turut dilakarkan dengan gambar Khalid dimuatkan dalam buku ini.

Selain itu isu hutang Talam Corporation Berhad, Universiti Selangor, kecurian pasir, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan harapan Khalid untuk mengekalkan sokongan masyarakat Cina turut tertera dalam buku kartun ini.

Tiada ulasan: