| SABAH KINI |
|
KUALA
LUMPUR : Jakarta menasihatkan rakyatnya tidak harus bekerja sebagai
pembantu rumah di Malaysia berikutan kes layanan teruk melibatkan
warganya yang semakin meningkat.
“Pihak pemerintah Malaysia harus ambil tindakan tegas, atau lebih baik pembantu rumah dari Indonesia tidak bekerja di Malaysia.
“Mereka
(Malaysia) mahu pembantu rumah dari Indonesia, tetapi mereka tidak
boleh melindungi pembantu rumah dari negara kami,” kata Suryana
Sastradiredja, jurucakap kedutaan Indonesia yang dilaporkan AFP.
Sabtu
yang lalu, jabatan imigresen menyelamatkan 105 pekerja asing yang
dikurung dalam agensi pembantu rumah di Bandar Baru Klang.
95
orang wanita, kebanyakannya warga Indonesia, telah didakwa dipaksa
bekerja sebagai pembantu rumah selama enam bulan tanpa gaji.
Mereka mendakwa agensi tersebut melayan mereka begitu teruk dan makanan dicatu untuk mereka.
Jakarta
telah meletakkan larangan kepada pembantu rumah dari negaranya pada
tahun 2009 ke Malaysia, tetapi larangan tersebut dibatalkan setahun
kemudian.
Tetapi
pembantu rumah dari Indonesia semakin berkurangan untuk ke Malaysia
walaupun pembatalan larangan tersebut, dengan mengatakan kurang dari 100
orang bekerja dengan cara sah.
Sastradiredja
juga berkata, Indonesia bimbang ribuan pekerja warganya yang bekerja di
Malaysia secara haram kerana dijanjikan bayaran lumayan sedang bekerja
dalam keadaan yang berbahaya.
Laporan
baru menunjukkan kes terbaru melibatkan warga Indonesia bulan lalu,
apabila seorang pekerja restoran mendakwa beliau dirogol oleh tiga orang
polis, dan seorang lagi berusia 15 tahun dirogol oleh majikannya.
Bulan
lalu, menteri sumber manusia Datuk Dr S Subramaniam memberitahu bahawa
Putrajaya terus mempunyai hubungan yang baik dengan Jakarta walaupun
insiden itu berlaku.
Beliau
kemudian menyalahkan media dan badan bukan kerajaan Indonesia kerana
mensensasikan insiden tersebut “dengan begitu emosi”.
Beliau
menambah, langkah tegas akan diambil untuk menyampaikan mesej kepada
pekerja asing bahawa mereka akan dilindungi melalui sistem perundangan
negara.
Pada
Ogos, pemerhati memberitahu The Malaysian Insider bahawa tawaran gaji
yang lebih tinggi dan ekonomi Indonesia yang semakin meningkat
menyebabkan Malaysia menjadi tidak menarik di kalangan pembantu rumah
Indonesia.
Pembantu
rumah Indonesia di Malaysia mendapat gaji minimum RM650, sementara gaji
minimum yang dibenarkan di Singapura ialah S$450 (RM1,126) dan HK$3,740
(RM1,500) di Hong Kong.
Mereka
juga mendapat cuti mandatori di Singapura dan Hong Kong dimana cuti
mandatori untuk mereka di sini masih lagi diperdebatkan.
|

Tiada ulasan:
Catat Ulasan