| SABAH DAILY |
|
PEKA…..MDS harus peka dan pro-aktif mengatasi masalah sampah yang tiada kesudahannya.
Oleh : SHAIMON S JUMADI
SEBAGAI
destinasi pelancongan bertaraf dunia, Semporna berpotensi menarik lebih
ramai pelancong jika ditadbir urus dengan baik kerana mempunyai aset
pelancongan semula jadi yang hanya memerlukan sedikit 'Finishing Touch';
namun amat malang kerana kesemua Wakil Rakyatnya semakin 'antik' dan
setaraf 'besi buruk'.
Masih banyak isu
yang mencacatkan Semporna kerana setiap sudut dicemari dan dipenuhi
sampah sarap yang tidak diurus dengan baik sekalipun Bangunan Majlis
Daerah Semporna (MDS) tersergam megah dan mempunyai dana untuk mengurus
sampah sarap.
Walaupun tanggung jawab menjaga alam
sekitar dan kebersihan terletak di bahu MDS sendiri dan beban
menyelenggara jalan raya di bawah tanggungjawab syarikat konsesi yang
dilantik oleh kerajaan negeri iaitu Kekal Mewah dan Globinaco; namun
Semporna masih kotor dan kelihatan kotor.
Sebagai
'Pekan Palauh' yang berbau hancing dan beraroma kiangpau, pekan
Semporna tidak dirancang dengan baik dan kelihatan lintang pukang dari
udara; malah lanskapnya seperti hutan rimba selepas dibalak pembalak
haram.
Senarionya
saling tidak tumpah seperti Tawi-Tawi atau Sitangkai di Filipina kerana
penyusunan gerai tidak teratur dan dipenuhi dengan penjaja haram yang
gemar membuang sampah secara wewenang kerana Unit Penguatkuasa MDS
'kecut perut' untuk memberkas penjaja haram atau penjenayah alam
sekitar.
Walaupun
sudah lebih 49 tahun merdeka, namun Semporna masih belum mempunyai
sistem pengangkutan awam yang mempunyai merit kerana dibanjiri oleh
'Kereta Sapu' atau 'Pirate'; menyebabkan pelancong sentiasa bimbang
dengan keselamatan mereka kerana tidak dilindungi insuran kenderaan
awam.
BERPOTENSI….Salah sebuah pulau di Semporna berpotensi jika dimajukan untuk tarikan pelancong.
Bagi
penduduk Semporna yang majoritinya berasal daripada Selatan Filipina,
kadar tambang kereta sapu tidak menjadi masalah; tetapi bagi orang luar
sering kali ditipu. Sebagai contoh, kereta sapu hanya mengenakan tambang
RM2 ke Kampung Innabah, tetapi bagi orang luar tambang dikenakan
sebanyak RM8 hingga RM10.
Walaupun
terdapat lima (5) buah pulau yang cantik selain Sipadan; iaitu Pulau
Labuan Haji, Pulau Larapan, Pulau Bum Bum, Pulau Tandoaan dan Pulau
Semandih; namun belum dimajukan kerana masalah prasarana dan sikap dungu
para pemimpin Semporna yang kebanyakannya tinggal di Kota Kinabalu dan
hanya sekali sekala pulang ke daerah 'Bog-bog' (semangat kesukuan yang
erat) yang terpencil ini.
|


Tiada ulasan:
Catat Ulasan