MSO
Keghairahan UBN merasakan mereka akan menang malahan akan
mencapai 2/3 dalam pilihan raya akan datang sepatutnya tidak dicemburui
oleh Pakatan Rakyat. Pemimpin PR tidak perlu merasa tercabar dengan
keghairan itu sehingga mencabar balik Najib Razak supaya membubarkan
segera parlimen.
Kenyataan Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man mencabar Najib
segera membubarkan parlimen kalau benar parti itu berada dalam keadaan
selesa, rasanya bukan satu cabaran yang bijak dan baik. Cabaran ke atas
lawan yang kita sendiri belum siap siaga sepenuhnya bukan tepat. Tuan
Ibrahim atau sesiapa saja jangan begitu 'cepelek' (celupar) mulut
mencabar UBN kerana sikap begitu boleh dilihat sebagai 'agah' atau pun
sombong.
Biarkan apa saja pemimpin UBN hendak kata usah dipedulikan. Kata-kata
Najib kononnya BN selesa dan akan menang besar adalah provokasi saja.
Dia mahu melihat bagaimana pemimpin PR memberi reaksi ke atas semua itu.
Kalau dengan provokasi itu pembangkang termakan sehingga membuat
cabaran balik ia akan merosakan imej Pakatan Rakyat kerana rakyat akan
melihat Pakatan sudah over konfident.
Kalaupun BN dalam tidak selesa atau tertekan dalam perkiraan Pakatan
Rakyat biarkan saja. Mengajak orang untuk bertumbuk bertalu-talu
walaupun orang diajak itu relatif lemah tidak bijak. Apa kena diingati
yang menilai diri kita bukan sesama sendiri tetapi rakyat. Kita akan
menilik di hadapan cerin besar rakyat bukannya menilik dengan cermin
sopek di rumah sendiri.
Hari ini adalah lebih baik kalau PR menumpukan kepada gerak kerja untuk
menghadapi pilihan raya. Memperkemaskan jentera parti dan juga
mempereratkan persefahaman sesama sendiri. Menyediakan sebanyak
bahan-bahan bacaan untuk disebar kepada rakyat. Mengolahkan dalam bentuk
design atau persembahan yang mudah difahami.
Pakatan lebih baik muhasabah diri sejauh manakah Pakatan telah
benar-benar bersedia didalam perkara ini. Rasanya Tuan Ibrahim sendiri
maklum mengenai perkara ini. Masih ada sudut-sudut tertentu di dalam
Pakatan Rakyat belum kemas molek. Kemenangan tidak akan tertempa dengan
angan-angan dan bahasa yang retorik.
Map road ke Putrajaya biarlah jelas dan lurus, jangan mencabar parlimen dibubarkan.
Biarlahl kita dilihat 'seronyeh' dan 'serebeh' tetapi hakikat sebenarnya
kita kuat dan gagah. Tidak ada guna kita bertempik dan menunjukkan kita
kuat tetapi hakikatnya tidak begitu. Apakah masalah pembahagian kerusi
di antara komponen Pakatan Rakyat kini sudah selesa. Dan kalau selesa
apakah pengagihan kerusi didalam Pas sudah sempurna. Di Terengganu
misalnya sudah redakah pertikai kerusi di antara Pas dengan PKR.
Sudahkah Pas Terengganu melayan PKR dengan adil dan saksama? Dan apakah
PKR pula menyedari kekuatan dan tenaga sahwat politik mereka di negeri
penyu itu, jangan pula kata orang nafsu kuat energi kurang?
Juga apakah Pas sudah mengenal pasti calon-calon mereka diambil dari
kalangan berwibawa untuk bertanding atau pun terpaksa mengulangi calon
lama, tidak dapat dikehek kerana kroni ataupun kerana dia semata-mata
Yang Dipertua kawasan?
Masalah ini patut dijuruskan oleh Tuan Ibrahim dan pimpinan Pas lain.
Perkemaskan diri sendiri dan menanti saat bertempur dengan penuh
siapsiaga. Tidak ada guna kita bertempik mencabar orang berlawan dengan
kita kalau dalam perlawanan nanti kita jatuh bertonggeng. Kalau itu
berlaku orang hanya kata, kita hanya kuat di mulut dan 'reng' (tenaga)
tidak ada.
Jadi awaslah sebelum membuat cabaran dan pastikan cabaran itu tidak akan
membidas ke muka sendiri. Hari ini tidak perlu mencabar excited Najib
membubar parlimen lagi, kerana edah pembuburan itu sudah pun hampir
rapat. Cabaran atau tidak parlimen terpaksa juga dibubarkan nanti.
Dibimbang apabila parlimen dibubarkan pihak Pakatan masih kalut, itu
tidak ada, ini tidak buat, akhirnya akan kalah nanti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan