HALAMAN SANTAI

Isnin, 3 Disember 2012

Jerit lancar Rakyat Pengayuh Perubahan

 
Kempen kali ini bertujuan untuk mendapatkan sokongan rakyat kawasan pedalaman terhadap lapan tuntutan.



PETALING JAYA: Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) akan melancarkan kempen basikalnya yang kedua dengan tema Rakyat Pengayuh Perubahan.

Kempen basikal pertama telah dijalankan empat tahun lalu di seluruh negara selama dua minggu. Berbanding dengan kempen pertama, kempen kali ini hanya berlangsung selama empat hari.

Penyelaras Jerit, M Sivaranjani  ketika dihubungi berkata: “Kami mahu mendapatkan sokongan rakyat terutamanya dari kawasan pedalaman.

“Para pengayuh membawa lapan tuntutan.

“Acara kemuncak dalam kempen ini akan berlangsung apabila pengayuh basikal menyerahkan memorandum lapan tuntutan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan pada pukul 10 pagi. Ia akan berlangsung pada hari terakhir kempen ini,” jelas Sivaranjani.

Lapan tuntutan tersebut ialah pilihan raya bersih dan adil, hentikan pemusnahan alam sekitar, lindungi hak demokrasi rakyat, hentikan peswastaan perkhidmatan asas, perumahan selesa untuk rakyat, mansuhkan undang-undang zalim dan perlindungan hak kebajikan pekerja.

Seramai 20 pengayuh basikal akan memulakan kayuhan dari Seremban pada hari Jumaat dan kempen dijangka tamat pada hari Isnin.

Kempen mengayuh akan meliputi Seremban, Port Dickson, Rembau, Tampin, Kuala Pilah, Jempol dan Jelebu.

Tiada ulasan: