| Oleh AZIZ MUDA |
KUALA
LUMPUR: Rakyat negara ini diseru bangkit menjadikan PRU-13 tidak lama
lagi sebagai gelanggang terbaik untuk menukar Kerajaan Umno-BN kepada
Pakatan Rakyat yang lebih prihatin, adil, telus dan mesra rakyat.
Timbalan
Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan, ketakutan Umno terhadap jatuhnya
mereka dalam PRU-13 telah digambarkan dengan jelas oleh Dato' Seri
Najib Tun Razak dalam Ucapan Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno
ke-66 di PWTC, 29 Nov lalu.
Najib
ketika berucap meminta rakyat tidak cuba-cuba bereksperimen untuk
menukarkan kerajaan dalam PRU-13 kerana Umno-BN merupakan parti yang
terbukti relevan sepanjang zaman sebagai pilihan utama.
"Suka
tidak suka, persoalan ini sangat asasi. Sesungguhnya, rakyat Malaysia
berhak untuk mengetahui secara nyata sebelum membuat keputusan paling
penting bersabit masa depan mereka. Pilihanraya bukan satu uji kaji.
"Lima
tahun ialah jangka masa yang lama dalam pentadbiran sesebuah kerajaan.
Pelbagai bentuk kerosakan boleh berlaku hatta sebuah negara yang berjaya
pun akan gagal dan tersungkur," kata Najib mempengaruhi ahli Umno dan
rakyat negara ini agar tidak memilih Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti.
Mengulas
lanjut, Mohamad Sabu berkata, telahan Najib itu seperti orang tidak
bertamadun kerana dalam demokrasi sememangnya diizinkan kepada rakyat
untuk menukar kerajaan.
Malah
katanya lagi, ia adalah perkara biasa dalam demokrasi serta sering
dilakukan oleh rakyat di negara-negara demokrasi lain di seluruh dunia
termasuk antara lain di Amerika Syarikat, Perancis dan Jepun.
"Itu
juga merupakan satu gertakan untuk menakutkan rakyat. Gertakan seperti
itu memang sudah lazim dilakukan oleh para pemimpin Umno-BN tahun
60-an," katanya.
Kenyataan
kononnya hanya Umno-BN sahaja yang boleh menjamin masa depan negara dan
rakyat perlu mengekalkan BN dalam PRU-13, adalah kenyataan dangkal
seolah-olah Pakatan Rakyat tidak upaya memakmurkan negara.
Terbukti
katanya, empat negeri yang ditadbir Pakatan - Kedah, kelantan,
Selangaor dan Pulau Pinang - mendapat pujian daripada Ketua Adit Negara
kerana pentabiran yang baik berbanding negeri-negeri yang dikuasai BN.
"Apakah rosak binasa negeri-negeri ini sepanjang ditadbir Pakatan?" soal beliau.
"Kalau
Pakatan memerintah negara akan jahanam hanya kenyataan ugutan bagi Umno
pertahankan kuasa. Kalau BN tumbang, yang rugi Perdana Menteri,
isterinya, para pemimpin Umno-BN kerana mereka tidak lagi berpeluang
untuk mengaut habuan untuk kepentingan peribadi dan kroni-kroni mereka,"
katanya.
Mohamad
Sabu yakin, rakyat negara ini cerdik dalam berpolitik, mereka akan
menukar semula kepada Kerajaan Umno-BN dalam PRU-14 jika didapati
Pakatan Rakyat menyelewengan dan tidak adil.
"Yang
penting, kerajaan BN mesti ditukar oleh rakyat pada PRU-13 nanti. Lepas
itu lihatlah hasilnya. Bukannya lama, hanya lima tahun sahaja untuk
seluruh rakyat negara ini melihat hasilnya," tegas beliau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan