HALAMAN SANTAI

Sabtu, 8 Disember 2012

Kamera AES disembur cat merah

ANTARA POS.COM

Post Pic

SHAH ALAM: Satu laporan polis telah dibuat kontraktor pemaju Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang terletak di Kilometer 301.7 arah ke Kuala Lumpur Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) berhubung satu kejadian vandalisme yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab yang telah mewarnakan cat merah pada sensor kamera AES itu.
 
Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi Sinar Harian, mengesahkan menerima laporan berhubung perbuatan itu pada jam 2 petang, semalam.
 
Imran berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.
 
Menurut beliau, pihak kontraktor terbabit dari bilik kawalan mendapati kamera tersebut gagal mengesan sebarang pesalah lalu lintas sejak jam 2.15 pagi semalam.
 
“AES di lokasi tersebut didapati tidak berfungsi dan apabila diperiksa ada kesan cat merah pada sensor kamera itu, kontraktor berkenaan segera melaporkan insiden berkenaan di Balai Polis Salak Tinggi.
 
“Pihak polis belum dapat mengesyaki pelaku kejadian ini, dan akan segera menyiasat,” katanya.
 
Kelmarin, sensor AES yang dipasang di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) telah ditutup dengan plastik dan situasi tersebut telah menimbulkan tanda tanya banyak pihak.
 
Insiden ini dipercayai perbuatan provokasi pihak tertentu yang kurang berpuas hati dengan arahan penangguhan untuk menyarung kamera AES tersebut yang dijadualkan petang kelmarin atas nasihat pejabat peguam negeri.

Tiada ulasan: