HALAMAN SANTAI

Sabtu, 8 Disember 2012

Tutup AES: Bukan kerja kami, kata Ronnie


ANTARA POS.COM
 
Post Pic

SHAH ALAM: Exco Kerajaan Tempatan Ronnie Liu menegaskan bahawa pihaknya tidak terlibat dalam kerja-kerja menutup kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang di Kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), semalam.
 
Malah, beliau juga yakin kerja penutupan sensor AES itu bukan dilakukan oleh Majlis Perbandaran Sepang(MPS)
 
"Kita tidak tahu, memang kita tidak tahu siapa yang lakukan dan saya percaya ia juga bukan kerja Majis Perbandaran Sepang (MPS)," katanya kepada Antarapos.
 
Kerajaan negeri lewat petang semalam menangguhkan arahan untuk menyarungkan kamera AES yang dipasang di lebuhraya SKVE atas nasihat peguam negeri dan mengarahkan syarikat kontraktor terbabit menutup sendiri peralatan berkenaan.
 
Bagaimanapun, menurut Ronnie kamera AES yang terletak di Kilometer 66 arah Kajang Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Kilometer 301.7 arah Kuala Lumpur Lebuhraya Utara Selatan tetap akan ditanggalkan selepas 30 hari notis yang dikeluarkan kelmarin.
 
Namun, dalam tinjauan Sinar Harian semalam mendapati sensor AES itu sudah ditutup dengan plastik dan situasi itu menimbulkan tanda tanya banyak pihak.
 
Sementara itu, Yang Dipertua MP Sepang Mohd Sayuti Bakar dalam kenyataan medianya berkata kelmarin pihaknya telah mengeluarkan arahan kepada syarikat Beta Tegap Sdn. Bhd. menutup kamera berkenaan melalui notis seksyen 72(1)c dibawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

Tiada ulasan: