KL TODAY
KUALA LUMPUR:
PAS bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang kepada polis jika
terus membiarkan kegiatan menyekat aktiviti PAS oleh pihak lain. Ketua
Lajnah Undang-undang PAS, haji Asmuni Awi (gambar) berkata, memang menjadi ’statutory duty’ kepada pasukan polis untuk mencegah pergaduhan, jenayah dan sebagainya.
“Tetapi
jika polis berada di tempat kejadian tetapi tidak mencegah pihak yang
membuat pergaduhan misalnya, hanya menjaga lalu lintas sahaja, itu
sudah salah.
“Oleh itu kita sedang mengkaji tindakan undang-undang terhadap pihak polis,” katanya kepada Harakahdaily.
Beliau
mengulas beberapa kejadian yang melibatkan program PAS disekat dan
diganggu oleh pihak tertentu tetapi polis yang ada dalam kejadian itu
tidak bertindak menghalangnya.
Polis hanya memastikan lalu lintas tidak terganggu sahaja.
Di pintu masuk Felda Teloi Timur, samseng jalanan menyekat pemimpin dan aktivis PAS dari mengadakan ceramah di sana.
OCPD Sik,
DSP Ismail Ibrahim dan lebih 30 orang anggota polis gagal menyuraikan
samseng jalanan yang membuat benteng menghalang saya dan hampir 500
orang dari kawasan berhampiran untuk masuk ke tapak ceramah.
Adalah sangat memalukan, samseng ini bermaharajalela dan hanya diperhatikan pihak polis.
Sedihnya, OCPD dan anggotanya hanya bertindak mengawal lalu lintas bukan menghalau samseng jalanan!
Sedihnya, OCPD dan anggotanya hanya bertindak mengawal lalu lintas bukan menghalau samseng jalanan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan