KL TODAY
SHAH ALAM – Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa Pas lebih menyerlah dan akan mendapat manfaat lebih besar menerusi kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Malah
katanya, gesaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa
kelmarin supaya Pas keluar PR tidak berasas kerana sejarah politik
membuktikan parti itu mendapat kemenangan besar sekiranya bergerak dalam
satu kumpulan, bukannya bersendirian.
“Saya
menolak tanggapan bahawa dalam rekod Pas sebagai parti politik, jauh
lebih baik apabila berkawan dengan DAP dan PKR. Rekod Pas mendapat
sokongan tinggi apabila Pas berkawan dengan parti lain.
“…
kemenangan Pas lebih besar pada 1995 dan 1999 apabila berkawan dengan
Semangat 46. Apabila Pas berkawan dengan orang lain, dia menang besar.
Apabila berkawan dengan DAP pun, Pas menang besar,” kata beliau kepada
Sinar Harian Online.
Dalam pada
itu, katanya, sejarah pilihan raya membuktikan Pas gagal
mempertahankan kemenangan besar 1999 pada tahun 2004 setelah Barisan
Alternatif berpecah, disebabkan isu negara Islam.
Pada 2004 Terengganu tercicir dari tangan Pas tetapi Kelantan kekal.
Bagaimanapun
katanya, pada pilihan raya umum 2008, Pas mendapat kembali sokongan
rakyat dan menikmati kemenangan besar apabila bekerjasama semula dengan
PKR dan DAP.
“Pada
2008, wujud persefahaman antara ketiga-tiga parti apabila tidak
bertanding di tiga penjuru, di mana ada Pas, PKR dan DAP tidak akan
bertanding di kerusi yang sama dan begitulah sebaliknya.
“…
hasilnya pada 2008 menyaksikan kita memperoleh 82 kerusi parlimen iaitu
Pas memperoleh 23 kerusi, DAP peroleh 28 kerusi dan PKR 31 kerusi,”
jelasnya.
Sementara
itu, Saifuddin juga membidas dakwaan Nasharudin apabila mengatakan
ketiga-tiga parti dalam PR telah melanggari dasar bersama yang telah
disepakati pada 19 Disember 2009 iaitu pada Konvensyen Pakatan Rakyat
yang pertama.
Sebaliknya,
gesaan Nasharudin supaya Pas mengkaji semula tahaluf siyasi dengan PR
tidak timbul kerana wakil ketiga-tiga parti telah bersetuju dan
menandatangani perjanjian dasar bersama yang mengandungi empat tonggak
utama.
“Pencapaian
terbesar Pakatan Rakyat apabila ketiga-tiga parti menandatangani
perjanjian dasar bersama menerusi empat tonggak utama iaitu menghormati
raja berperlembagaan, menerima Islam sebagai agama Persekutuan,
menerima Perkara 153 berkenaan hak keistimewaan orang Melayu dan
mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.
“… Datuk
Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang
menandatangani perjanjian dasar bersama itu,” jelasnya sambil
menyatakan walaupun kerjasama itu baru mencecah lima tahun, namun banyak
kemajuan dapat dilihat.
Malah katanya, rakyat mula menerima pentadbiran PR sebagai kerajaan alternatif selain Umno-Barisan Nasional di negara ini.
Dalam pada
itu, bekas Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw
membidas kenyataan Nasharudin atas alasan cuba memecahbelahkan
kerjasama politik dalam PR dengan mengaitkan isu agama dan menggesa Pas
keluar ikatan itu.
Katanya,
dakwaan bekas Timbalan Presiden Pas itu tidak berasas kerana DAP tidak
melanggari perjanjian dasar bersama yang dimeterai pada 19 Disember
2009.
“Tiada
kena-mengena isu agama, tidak timbul soal itu (langgar syarat tahaluf
siyasi), itu hanya dakyah politik semata-mata, dia pun tahu
(Nasharudin) persepakatan ketiga-tiga parti dalam Buku Jingga itu.
“…
semuanya ada di situ, apa yang kita langgar (syarat). Dasar PR boleh
dilihat dalam Buku Jingga yang mengandungi asasnya,” katanya.
Seng Giaw
juga menyifatkan Nasharudin sebagai tidak mengenang budi apabila
sanggup mengeluarkan kenyataan sebegitu, yang boleh menjejaskan
perpaduan dan kerjasama politik ketiga-tiga parti sejak lima tahun
lepas.
“Kenyataan
itu merupakan perbezaan pendapat peribadi dan sahsiah. Ia tidak
kena-mengena dengan agama; ia lebih merupakan kenyataan politik,”
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan