KL TODAY
Gara-gara
mendakwa dirinya putera kepada Sultan Kedah, seorang pesawah padi
didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas 13 pertuduhan
memperdaya seorang pegawai bank tahun lalu.Bagaimanapun, Mohd. Aszuraidi
Abd. Aziz, 31, mengaku tidak bersalah ke atas semua pertuduhan yang
dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Azlan Shah Mohd. Alias.
Mengikut
pertuduhan, dia didakwa telah memperdaya seorang pegawai bank, Akbar
Mohamad, 53, antara 8 Ogos hingga 27 November tahun lalu di Taman
Istimewa Pandan di sini dengan mengaku dirinya anak kepada Sultan Kedah
dan mempunyai banyak harta di bawah nama ‘ayahandanya’ itu.
Tertuduh
yang berasal dari Alor Setar, Kedah mendakwa mahu membuat urusan
penukaran nama harta Sultan Kedah kepada namanya dan memerlukan
sejumlah wang untuk tujuan itu.
Dia
kemudian berjumpa dengan mangsa dan melakukan penipuan hingga mendorong
pegawai bank berkenaan menyerahkan wang kepadanya secara
berperingkat-peringkat yang keseluruhannya berjumlah RM1,898.
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan penjara antara setahun hingga 10 tahun dan sebat serta sebatan bagi setiap pertuduhan.
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan penjara antara setahun hingga 10 tahun dan sebat serta sebatan bagi setiap pertuduhan.
Mohd. Azlan Shah Mohd. Alias kemudian memerintahkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000.
Bagaimanapun, tertuduh gagal membayar jaminan.
Pendakwaan
dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Afif Ali dan Khazrin Haffiz
Khalil manakala tertuduh tidak diwakili peguam dan kes akan disebut
semula pada 6 Mac ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan