KL TODAY
Tun
Dr Mahathir Mohamad membela Datuk Ibrahim Ali hari ini, mendakwa
pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu tidak
melakukan penghinaan apabila beliau mencadangkan untuk membakar Bible
dalam Bahasa Melayu yang menggunakan kalimah “Allah”.Dr Mahathir yang
merupakan penaung Perkasa memberitahu sidang akhbar hari ini, ahli
parlimen Pasir Mas itu merujuk kepada amalan biasa membakar penerbitan
dikelaskan sebagai haram.
“Biasanya, jika terdapat penerbitan yang diharamkan, tindakan yang diambil ialah membakar buku tersebut.
“Jadi
pandangan beliau (Ibrahim) jika Bible haram dari segi polisi, beliau
memilih jalan biasa iaitu untuk membakarnya,” kata beliau selepas
melancarkan buku “Antartica: Malaysia’s Journey to the Ice” di
Universiti Malaya disini.
“Jadi saya tidak fikir dia (Ibrahim) mempunyai niat untuk menghina kitab injil… ini bukan niat dia.”
Minggu lepas The Malaysian Insider
Dr Mahathir berkata walaupun Ibrahim menyokong Umno, kenyataan oleh
pemimpin lantang tersebut bukan mewakili parti utama masyarakat Melayu
tersebut.
“Adalah malang Ibrahim Ali perlu mencadangkan membakar bible yang baru dicetak.
“Itu boleh
menjadi cara kita menjauhkan diri dari penerbitan yang tidak diingini.
Ia tidak boleh dilakukan kepada Bible sepertimana ia tidak boleh
dilakukan kepada Al-Quran,” tulis Dr Mahathir dalam blog chedet.cc.
“Tetapi
apa yang Ibrahim katakan tidak mencerminkan pandangan Umno. Malangnya,
beberapa ahli politik ingin menjadikannya begitu dalam usaha untuk
mendapat keuntungan politik,” bekas perdana menteri itu menambah.
Dr
Mahathir, yang masih mempunyai pengaruh besar dalam Umno, dengan cepat
menegaskan parti tunjang pemerintah Barisan Nasional (BN) itu percaya
“Allah” adalah eksklusif kepada Islam tetapi “ia tidak menyokong
pembakaran bible berbahasa Melayu yang menggunakan perkataan ini”.
Perdana
menteri paling lama berkhidmat selama 22 tahun itu mengingatkan bahawa
kontroversi “Allah” telah telah diselesaikan tahun lalu “melalui
penerimaan bahawa Kristian Sabah dan Sarawak boleh terus untuk
menggunakan perkataan Allah dalam bible bahasa Melayu mereka dan dalam
pengajaran tetapi tidak boleh digunakan di seluruh negara”.
Pemimpin berumur 87 tahun itu memainkan peranan penting dalam potensi krisis keimanan daripada meletus apabila pertikaian kalimah “Allah” mula-mula timbul pada awal 1980an — sejurus selepas beliau mengambil alih jawatan perdana menteri.
Pemimpin berumur 87 tahun itu memainkan peranan penting dalam potensi krisis keimanan daripada meletus apabila pertikaian kalimah “Allah” mula-mula timbul pada awal 1980an — sejurus selepas beliau mengambil alih jawatan perdana menteri.
Umat Islam
dan pemimpin Kristian telah bertelagah dalam isu penggunaan kalimah
“Allah” walaupun penghakiman Mahkamah Tinggi 2009 memutuskan umat Islam
tidak mempunyai hak eksklusif kepada perkataan Arab itu.
Umat Islam
adalah kumpulan agama terbesar di Malaysia sebanyak 60 peratus,
manakala minoriti Kristian hanya di bawah 10 peratus daripada 28 juta
rakyat Malaysia.
Perdebatan
timbul semula bulan lalu selepas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng
yang juga ketua menteri Pulau Pinang dalam perutusannya sempena Hari
Natal mendesak kerajaan persekutuan agar menarik semula pengharaman
terhadap penggunaan kalimah Allah dalam bible berbahasa Melayu.
Kumpulan
gereja Sabah juga telah mendakwa kebebasan beragama Bumiputera Kristian
diserang sambil menegaskan kebanyakan penganutnya datang daripada
Malaysia Timur dan menggunakan bahasa Melayu.
Kumpulan
penganut agama Buddha telah menggesa Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk campur tangan
menyelesaikan pertikaian tentang penggunaan kalimah “Allah” daripada
terus berlarutan.
Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga mengecewakan pemimpin gereja
dengan khutbah Jumaat lepas, di mana ia memberi amaran kepada umat
Islam di seluruh negara “musuh-musuh Islam” akan cuba untuk
mengelirukan mereka supaya mempercayai semua agama berkongsi tuhan yang
sama.
Bekas
Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib telah mendesak kerajaan agar tidak
berlengah-lengah mengambil tindakan terhadap Ibrahim diatas gesaannya
agar bible dibakar, dengan mengatakan jika tindakan terus ditangguh
terhadap ahli politik veteran itu, memberikan kesan kepada imej
kerajaan menjelang Pilihan Raya 2013.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan