HALAMAN SANTAI

Jumaat, 1 Mac 2013

Ceroboh Sabah: Malaysia perlu bertegas

Wartawan Sinar Harian

Mohd Asri Zainal Abidin
Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin
 
SHAH ALAM – Kerajaan perlu bertegas dan cuba elak daripada berlaku pertumpahan darah dalam usaha menangani isu pencerobohan kumpulan bersenjata rakyat Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, bukan mudah untuk menangani kumpulan tersebut kerana mereka bersenjata.

Menurutnya, saya berharap kerajaan berhati- hati untuk menangani kumpulan penceroboh ini dan cuba mengelakkan daripada berlakunya kematian.

"Pujian harus diberikan kepada kerajaan kerana tidak terlalu cepat mengambil tindakan terhadap kumpulan itu dengan mengadakan perbincangan tanpa berlaku pertumpahan darah.

“Kedua-dua negara adalah negara Islam. Jika mereka keluar meninggalkan Sabah tanpa kematian, ia merupakan suatu perkara yang terpuji,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, kerajaan perlu menjaga kegusaran rakyat negara ini. Kumpulan itu juga mendakwa perkara yang tidak berasas.

“Saya berharap kerajaan tidak akan tersilap langkah kerana ia akan memberikan imej dan kesan mendalam kepada semua pihak jika berlaku kematian,” katanya.
Asri berkata, jika berlaku pertumpahan darah ia akan membahayakan negara.

“Ia akan memberikan kesan dendam kepada keluarga dan kelompok mereka pada masa akan datang dengan melakukan sesuatu perkara yang di luar jangkaan. Ia akan meninggalkan kesan lama kepada keluarga mereka,” katanya.

Tiada ulasan: