Apa yang berlaku sekarang adalah
pengajaran sangat berharga untuk rakyat terutamanya dalam menilai prestasi
kerajaan yang memerintah. UMNO itu sifatnya adalah sebuah parti yang angkuh dan
MCA serta MIC juga di hinggapi oleh keangkuhan UMNO itu. Penyakit UMNO itu
adalah penyakit yang sangat ‘contagious’ dan mudah merebak kepada sesiapa yang
mendekati dan bersekongkol dengannya.
Kalau kita ingat-ingatkan kembali
semua tindakan dan kata-kata pimpinan UMNO termasuk yang telah bersara, mereka
ini adalah lambang sebenar kepada sikap dan nilai parti itu sendiri. Mereka
merasakan UMNO itu sahajalah yang mampu melakukan semuanya dan menjadi penentu
kepada semua manusia di dunia dan akhirat. UMNO sahajalah yang berkemampuan
untuk mentadbir sedangkan Pakatan Rakyat itu tidak ada pengalaman dan
berbagai-bagai lagi cemuhan yang di lakukan oleh UMNO.
UMNO lah yang terkuat dan UMNO
lah yang boleh membawa tahap kemasyuran negara di peringkat antarabangsa.
Kerajaan pimpinan UMNO sahajalah yang boleh menjadi contoh kepada seluruh dunia
lebih-lebih lagi bagi negara yang sedang membangun. Sememangnya UMNO itu
menjadi contoh kepada banyak negara membangun dan mundur. Itulah sebabnya di
negara-negara mundur perlakuan rasuah itu menjadi-jadi kerana menjadikan negara
kita ini sebagai contoh.
Tok Guru Nik Aziz di cerca dan ulamak
di persendakan dengan menggunakan orang-orang setaraf “Abdullah bin Ubai’ untuk
berada di dalam UMNO bagi melakukan segala kepura-puraan di dalam UMNO dan
kerajaan. PAS kononnya sebuah parti sesat dan ulamak UMNO telah menjatuhkan
hukum yang mengundi PAS itu adalah kerja syirik dan bermacam-macam lagi
penghinaan.
Tetapi apabila sampai kita
membuat penilaian kembali, kita melihat UMNO itu hanya bercakap kosong dan
sanggup melakukan apa sahaja untuk mengambil hati rakyat supaya menyokong
mereka dalam pilihanraya ini. Dalam pada UMNO bercakap besar itu sekarang
rakyat yang ramai bertanya pula kepada mereka beberapa soalan.
Soalan yang lazim di dengar
ialah, kenapa pilihanraya tidak juga di adakan sehinggakan Dewan Undangan
Negeri Sembilan akan terbubar dengan sendirinya pada Khamis ini. Pada Isnin
yang akan datang terbubar pula kerajaan Negeri Johor Darul Takzim. Selepas ini
bergilir-gilir Dewan Undangan Negeri-Negeri yang lain akan terbubar dengan
sendiri. Apa ini semua kalau tidak kerana UMNO sudah mengetahui yang parti itu
akan tumpas dalam pilihanraya yang akan datang ini?
Dewan Parlimen pula akan luput
tarikhnya penghujung April yang akan datang ini. Inikah yang dikatakan sebuah
parti yang bertanggungjawab sehinggakan Dewan Legislatif terbubar dengan
sendirinya. Jika benar UMNO itu berkemampuan dalam segala-galanya, kenapa
merasa takut untuk mengadakan pilihanraya?
Dalam pada orang menunggu tarikh
luput Dewan Legislatif Johor kebangkitan rakyat Johor terlalu mendadak dan
sudah di lihat dengan begitu jelas dan tidak ada apa yang boleh di buat oleh
UMNO Johor untuk menghalang kebangkitan rakyat negeri itu menyokong Pakatan
Rakyat. PAS dan DAP sudah nampak jelas telah mendapat sokongan rakyat Johor.
Sallehuddin Ayob sudah menjadi sebutan rakyat Johor dan MCA sekarang sudah menjadi
parti ‘orphanage’ kerana pengaruhnya di
sekat oleh kemaraan DAP.
Dalam UMNO bercakap benar itu
adalah haram dan satu kesalahan besar. UMNO itu angkuh dan tidak boleh di tegur
dan sikap ini berlarutan kepada pemimpin di peringkat negeri dan bahagian. Saya
mempunya pengalaman pahit semasa membuat kritikan dalam UMNO dahulu sehinggakan
mereka membenci dan melakukan segala yang buruk terhadap diri saya dan orang
seperti saya.
UMNO sudah tidak mampu
memperbaiki diri lagi. Mereka bukan tidak mahu menjadi baik tetapi mereka tidak
tahu lagi bagaimana hendak menjadi baik. UMNO teraba-raba mencari apa itu
kebaikan malahan ramai di antara yang mereka lakukan itu mereka anggap baik.
UMNO jelas pembawa dalil hari hendak kiamat. Yang baik dikatakannya buruk dan
yang buruk itu dianggapnya sebagai baik.
Tetapi sekarang ini apa yang saya
dan ramai lagi pemimpin yang bercakap benar dahulu terbukti kebenarannya. Apa
yang di benci oleh UMNO terhadap kritikan kami dahulu sekarang sudah menjadi
kenyataan. Urat dan akar dalam UMNO itu sudah mati. UMNO hanya kuat sedikit
kerana ada kuasa di Putrajaya. Itulah sebabnya UMNO hanya bergiat di peringkat
Putrajaya sedangkan di cawangan-cawangan UMNO sudah terkubur.
Pemimpin UMNO cawangan-cawangan
hanya berkumpul di kedai kopi seperti orang baru balik dari tanah perkuburan
setelah mengebumikan orang yang baru meninggal. Di kedai-kedai kopi ini
sahajalah kita mendengar hal UMNO. Itu pun kita mendengar cemuhan terhadap
rakan-rakan seperti mereka kerana merebutkan tempat.
Dewan-Dewan Legislatif kita akan
terbubar dengan sendiri, malah kalau di kira dari pandangan yang lain, Dewan
Rakyat dan DUN-DUN sudah pun terbubar sekarang ini. UMNO masih terkial-kial di
bawah ini sedangkan pilihanraya sudah sampai waktunya diadakan. Di cawangan-cawangan
UMNO masih kaku.
Saya menulis isu ini kerana saya
tidak mahu lagi rakyat di bawah ini terus mengharapkan pembelaan dari UMNO
kerana pemimpin mereka di atas pun sedang menghadapi masalah besar. Masakan
mereka mampu untuk menengok-nengokan keadaan parti di bawah-bawah ini. Lagi pun
UMNO akan secara jelas berpecah sejurus nama-nama calon di umumkan. Tidak ada
apa lagi yang hendak kita tunggu dalam UMNO itu.
Kalau UMNO sendiri takut
bagaimana rakyat hendak berani ke depan mempertahankan UMNO itu? Saya teringat dialog AR Tompel dalam filem
Laksaman Do Re Mi semasa mereka hendak menaiki tikar terbang dalam filem itu.
“:Jangan takut! Kalau kau takut, aku lagi takut!” kata Tompel kepada Ibrahim Din
dalam filem itu.
Begitulah keadaan UMNO sekarang
ini. Pemimpin mereka tahu yang UMNO akan tumpas dan mereka merasa takut untuk
mengadakan pilihanraya. Ketakutan pimpinan UMNO inilah yang membuatkan
ahli-ahli UMNO di bawah ini merasa takut untuk memberikan sokongan kepada UMNO
secara terbuka.
Oleh itu kita hanya perlu
bersabar dan tingkatkan doa dan sandaran kita terhadap Allah swt. Hanya kita
berharap agar segala gerak kerja kita selama ini adalah di dalam sepenuh keredoanNya
sentiasa. Kita mengharapkan dari Allah yang segala gerak langkah kita sekarang
ini, adalah gerak dan afa’alNya semata-mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan