GOMBAK - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin menegaskan kandungan perjanjian damai yang berlaku antara Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan perdana menteri sudah dijelaskan sebaiknya kepada umum.
"Terperinci, beliau sudah umumkan dalam kongres, bukan saya sahaja mengetahui tapi semua telah mengetahui," katanya.
Beliau diminta mengulas berhubung desakan Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPM) yang meminta Anwar menjelaskan berhubung perjanjian yang membabitkan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla itu.
"DPPM meminta penjelasan daripada Anwar berhubung wujudnya perjanjian sulit antara beliau dengan perdana menteri.
"Apakah benar pertemuan ini telah berlangsung dan apakah isi kandungan perjanjian itu?
"Mengapa pemimpin pakatan yang lain tidak dimaklumkan mengenai pertemuan tersebut?,” ujar Naib Ketua DPPM, Dr. Raja Ahmad Al-Hiss dalam satu kenyataan media semalam.
Anwar sebelum ini menafikan beliau memungkiri perjanjian yang dimeterai bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menerima apa sahaja keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) seperti yang didakwa Jusuf.
Sebaliknya, Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata Barisan Nasional (BN)
melanggar beberapa syarat semasa perjanjian damai pada April lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan