HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Mei 2013

RCI mahu Ordinan Sabah berkaitan anak negeri dikaji



 
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai masalah pendatang tanpa izin di Sabah mahu sebahagian daripada Ordinan Sabah 1964 berkaitan tafsiran 'Anak Negeri' dikaji semula pada persidangan tahunan Mahkamah Anak Negeri akan datang.

Tan Sri Herman J Luping Herman, yang bersidang bersama panel lima anggota diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, turut mencadangkan isu sama ada bab 64 Ordinan Interpretasi (Definasi Anak Negeri) 1952 perlu dimansuh atau sebaliknya, dibawa ke persidangan itu.

Langkah itu dipersetujui Ketua Daerah Kudat Harun Bidin yang memberi keterangan pada prosiding hari ini.

Terdahulu, Herman, yang juga bekas Peguam Besar Sabah, menyoal Harun sama ada penduduk dari Indonesia, Filipina atau Singapura boleh dianggap sebagai Anak Negeri dan beliau menjawab tidak.

"Terdapat bangsa Suluk di Sabah dan Filipina. Bagaimanapun, kita tidak mengiktiraf bangsa Suluk di Filipina sebagai Anak Negeri Sabah," katanya semalam.

Suruhanjaya itu turut dimaklum terdapat draf cadangan oleh Jabatan Peguam Negeri berkaitan undang-undang keluarga anak negeri di Sabah berikutan kenyataan Peguam Besar Sabah ketika itu Datuk Roderic Fernandez pada pembukaan Tahun Perundangan 2008 bahawa Enakmen Mahkamah Anak Negeri 1992 dan semua peraturan di bawahnya yang digubal pada 1995 terpaksa dikaji semula.

Bagaimanapun, Herman berkata tiada sebarang perkembangan berkaitan perkara itu dan mencadangkan Harun mengetengahkan isu berkenaan pada persidangan sama dan menggesa agar draf cadangan tersebut diluluskan.

Panel suruhanjaya itu turut dianggotai bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Profesor Datuk Seri Dr Kamaruzzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu dan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk KY Mustapha.

Prosiding bersambung esok.-Bernama

12 ulasan:

Mumbai berkata...

Setakat ini, keraguan pihak tertentu tentang integriti dan kebebasan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat peningkatan luar biasa jumlah penduduk Sabah, terbukti tidak berasas.

Mumbai berkata...

Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Senator Dr Lucas Umbul berkata ini kerana, semua saksi memberi keterangan dan bukti dengan selesa serta tanpa rasa takut dan menyebelahi sesiapa.

Mumbai berkata...

Oleh itu, kata beliau semua pihak perlu mengelak daripada memberi pendapat kerana komen mereka boleh menggugat saksi yang akan memberi keterangan dan menghalang mereka daripada memberi keterangan tanpa rasa takut dan menyebelahi sesiapa.

Mumbai berkata...

"Tiada siapa sepatutnya membuat kesimpulan pada peringkat ini kerana masih ramai saksi lagi yang akan tampil dan anggota RCI perlu diberi ruang secukupnya untuk menyelesaikan siasatan mereka," kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Mumbai berkata...

Lucas, yang juga Ketua UPKO Bahagian Tenom, berkata orang ramai hanya boleh memberi komen dan pendapat secara adil setelah RCI selesai mengadakan penyiasatan terbukanya iaitu "setelah laporan berkenaan ditulis dan dibentang kepada umum".

Mumbai berkata...

Sambil menyatakan kegembiraan beliau tentang penghargaan orang ramai terhadap keputusan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menubuhkan RCI berkenaan, beliau berkata keputusan itu dicapai berpandukan prinsip asas dan pendekatan kepimpinan Najib.

Mumbai berkata...

Ia adalah 1Malaysia (keterangkuman) Rakyat Didahulukan (memberi keutamaan kepada kebajikan dan aspirasi rakyat) Pencapaian Diutamakan (pelaksanaan secara penuh berintegriti dan kecekapan).

Mumbai berkata...

Lucas berkata penubuhan RCI bukan merupakan slogan semata-mata, malah dilaksanakan dengan penuh kesungguhan, berlandaskan tema transformasi iaitu transformasi politik, transformasi kerajaan dan transformasi ekonomi. "Ringkasnya, Pentadbiran Najib menzahirkan sebuah kerajaan baharu dan melaksanakan perubahan," katanya.

Mumbai berkata...

Beliau berkata Najib benar-benar melakukan transformasi politik seperti yang dapat dilihat dalam keputusan kerajaan menghapuskan beberapa undang-undang yang disifatkan pelbagai pihak sebagai undang-undang drakonian seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti.

Mumbai berkata...

"Sudah pasti, sebagai perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdepan dengan pelbagai cabaran apabila membuat keputusan menubuhkan RCI. "Bagaimanapun, cabaran yang dihadapi itu mudah difahami kerana peningkatan luar biasa jumlah penduduk Sabah merupakan suatu sejarah kerana ia berlaku di bawah pentadbiran dua pentadbir sebelum ini," katanya.

Mumbai berkata...

Sementara itu, Lucas mengumumkan bahawa Setiausaha Agung UPKO Datuk Wilfred Madius Tangau disepina supaya hadir di hadapan RCI dan beliau bersedia untuk memberi keterangan sebagai saksi kepada suruhanjaya itu. Prosiding seterusnya dijadual berlangsung dari 29 Jan hingga 1 Feb dan dari 22 hingga 27 Feb tahun ini.

mantera berkata...

kaji ia sebaiknya