HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Mei 2013

Zahid contoh terbaik mangsa tipu ‘bilik perang’

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi contoh terbaik menjadi ‘mangsa sendiri’ penipuan ‘bilik perang’ PRU13 Umno BN terhadap DAP.
 
Penasihat DAP, Lim Kit Siang (gambar) berkata, ini sekali lagi digambarkan oleh Utusan Malaysia hari ini, salah satu alat utama propaganda Umno BN dalam PRU13, yang  menyiarkan laporan bertajuk ‘Red Bean Army serang kerajaan – Ekoran DAP gagal peroleh kuasa di Putrajaya’.

"Saya tidak percaya Zahid mengalami sebarang halusinasi tentang DAP membelanjakan lebih daripada satu bilion ringgit sepanjang enam tahun lalu untuk mengupah seramai 3,000 orang tentera siber Red Bean Army bagi memburuk-burukkannya dan pemimpin Umno BN lain,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, Zahid menjadi dua kali kurang bijak, pertama kerana percaya dengan penipuan strategis dan propagandis ‘bilik perang’ Umno BN yang bertujuan mengelirukan dan membingungkan kem musuh.

Kedua, ujarnya kerana Zahid menjadi satu-satunya menteri yang secara umumnya dikenali dengan dakwaan tentang dongeng Red Bean Army DAP.

“Jelas, Zahid tidak bijak langsung untuk mempercayai pembohongan yang dimulakan oleh orangnya sendiri,” ujar Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Tiada ulasan: