Oleh Masdar Wahid
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md
Akin menuntut penjelasan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri
Hishammuddin Hussein sama ada pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik
(AES) di Melaka telah dimuktamadkan.
Beliau
mengulas penyebaran maklumat di laman sosial berhubung lokasi
pemasangan AES di Melaka, sedangkan Hishammuddin mengatakan tiada
keputusan dibuat berhubung pelaksanaannya.
“Bagaimana senarai ini boleh bocor? Atau ia sudah dalam pengetahuan
Hishammuddin, namun beliau berpura-pura tidak tahu mengenainya?
“Kenyataan Hishammuddin ini jelas bertentangan dengan situasi sebenar,” kata Shamsul kepada Keadilandaily.
“Malah kenyataan beliau itu satu pembohongan dan bertentangan dengan
integriti menteri. Tidak boleh membohongi rakyat jika sesuatu keputusan
belum diumum kerajaan,” katanya yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan
KEADILAN Melaka
.
Hari ini tersebar di laman sosial facebook senarai 33 lokasi kamera
AES di jalan persekutuan dan negeri, selain sembilan kamera AES di
persimpangan lampu isyarat di Melaka.
Penyebaran senarai lokasi kamera AES di Melaka mendapat kritikan
orang ramai dan mereka mendesak penguatkuasaanya dibatalkan serta-merta.
Mengulas lanjut, Shamsul menegaskan pemasangan AES hanya menekan
rakyat dari segi ekonomi selain sistem itu sendiri memiliki banyak
masalah sebagaimana didedahkan baru-baru ini.
Pakatan
Rakyat senada dengan sentimen rakyat yang mahukan sistem itu dibatalkan
berbanding BN yang mahu ia dilaksana kerana dikendalikan syarikat kroni
Umno dan MCA.
Kedah yang diperintah Pakatan sebelum ini menolak AES. Namun 24 Mei
lalu, BN Kedah memutuskan akan melaksanakannya ekoran kejayaan parti itu
merampas Kedah pada pilihan raya umum 5 Mei lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan