Dua lagi klip video patriotik, 'Pesanan Terakhir' dan 'Tanah Tumpahnya Darahku' yang turut diwajibkan tayangan juga tidak dimainkan.
Wartawan KiniTV turut berkunjung ke pawagam sama pada jam 1.45 petang tadi untuk tayangan filem "The Mortal Instruments: City Of Bones" dan turut mendapati tiada lagu 'Negaraku' dimainkan.
Sementara itu, seorang pengurus pawagam terbabit yang ditemui Malaysiakini enggan mengulas mengenai perkembangan tersebut.
Seorang pegawai komunikasi korporat GSC ketika dihubungi juga meminta agar persoalan tersebut diajukan kepada timbalan pengurus besarnya yang hadir di satu majlis bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek petang ini.
Bagaimanapun, gambar yang beredar di laman sosial hari ini menunjukkan sesetengah pawagam telah menjalankan arahan berkenaan.
Gambar berkenaan menunjukkan kumpulan penonton berdiri menghadap skrin yang menayangkan gambar Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong.
Penonton tertanya-tanya
Ini kerana mahasiswa jurusan statistik di Universiti Teknologi Mara (Uitm) Kota Bharu itu turut membaca berita tentang perkara itu sebelum ini.
"Saya pun pelik juga tak ada 'Negaraku' sebab berita sebelum ini cakap ada (lagu 'Negaraku') bermula hari ini," katanya.
Beliau yang sedang bercuti semester bagaimana pun menyambut baik langkah tersebut yang diumumkan menteri sebelum ini.
"Rasanya ok juga, sekarang ini nilai patriotik pun dah kurang di kalangan orang muda. Langkah ini boleh bagi semangat sikit pada orang muda," katanya.
"Saya rasa biasa-biasa sahaja (walaupun tiada 'Negaraku') tapi saya tak faham kenapa langkah ini mahu diambil," kata lelaki berusia 19 tahun itu.
"Mereka (pihak wayang) tak akan dapat membantu kita menzahirkan semangat patriotisme," kata pelajar kolej itu lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan