HALAMAN SANTAI
Khamis, 29 Ogos 2013
Ahli perniagaan Melayu serah resolusi bantah TPPA kepada Najib
Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) hari ini menyerahkan resolusi bantahan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang mengandungi 75 ketetapan untuk Putrajaya penuhi jika mahu menyertai perjanjian, kata Ketua Pengarah Eksekutif MTEM, Nizam Mahshar.
Antara intipati kandungan Resolusi Persidangan Meja Bulat bantahan TPPA yang ditegaskan MTEM adalah termasuk perkara berkaitan ubat-ubatan, harta intelek, dan juga perolehan kerajaan.
Selain itu, MTEM juga jelas Nizam telah menemui Ketua Setiausaha Menteri Perdagangan dan Industri Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria untuk menyertai jawatankuasa yang mengendalikan kajian analisis kos manfaat dalam hal TPPA.
"Beliau akan mempertimbangkan permintaan kami," kata Nizam merujuk kepada pertemuan dengan KSU Miti tersebut ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sepetang Aidilfitri anjuran MTEM yang turut dihadiri Najib petang tadi.
Jelas Nizam, MTEM yang merangkumi 650,000 ahli juga masih tidak yakin TPPA akan menguntungkan negara.
"Daripada 75 ketetapan ini akan menjadi pendirian nasional dan kita harapkan dengan apa yang berlaku di Brunei, perunding kita dapat membawa mesej bahawa ketetapan ini adalah perkara yang tidak boleh dikompromi.
"Jika ianya gagal dipenuhi, dan kalau negara lain juga tidak bersetuju (dengan resolusi), Putrajaya perlu tarik diri dari rundingan," katanya.
MTEM telah mengadakan sidang meja bulat bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bermula 26 hingga 27 Ogos lalu, yang mana bekas perdana menteri itu turut membantah penyertaan Malaysia terhadap TPPA.
"Kami berkongsi pendapat dengan Dr Mahathir," kata Nizam lagi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan