HALAMAN SANTAI

Khamis, 29 Ogos 2013

Parti Melayu gabung dulu sebelum suruh India, kata Palanivel

OLEH YISWAREE PALANSAMY
















Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel (gambar) berkata, idea untuk bergabung parti tidak seharusnya hanya ditujukan kepada parti India tetapi terhadap juga kepada semua parti Melayu dalam negara.

Menteri Sumber Asli dan Alam sekitar itu berkata, parti Melayu seperti Umno, PAS dan PKR adalah antara parti yang perlu bergabung terlebih dahulu.

“Jadi jika mereka membuat cadangan, mereka (Melayu) perlu bergabung juga, baru negara menjadi lebih kuat,” katanya ketika diminta mengulas mengenai cadangan parti India dan Cina dalam Barisan Nasional (BN) untuk bergabung di Hotel Istana, Kuala Lumpur hari ini.


 “Sesetengah (parti India) berminat untuk bergabung dengan MIC dan sesetengahnya tidak mahu.”


Cadangan menggabungkan parti komponen kaum India diilhamkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi menjaga kepentingan kaum India.

Beliau menjelaskan tiada guna persaingan antara parti tetapi meminggirkan kepentingan kaum India.
Katanya, penggabungan itu penting kerana sokongan India menyumbang 48 peratus sokongan kepada BN pada pilihan raya umum lalu.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebelum ini menggesa parti komponen Cina di bawah gabungan pemerintah itu bergabung menjadi sebuah parti tunggal.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata cadangan untuk menggabungkan parti komponen India di bawah BN sebelum ini perlu diperluaskan kepada parti komponen Cina supaya BN mampu memberi dimensi baru kepada rakyat.

Tiada ulasan: