KUALA LUMPUR - Cadangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
untuk mengadakan dialog terbuka dengan kerajaan bagi membincangkan
'isu-isu kebangsaan' hari ini dipersoal beberapa anggota Majlis
Tertinggi Umno.
Mereka menyuarakan kemusykilan terhadap niat sebenar usul itu dikemukakan setelah sekian lama Anwar mengambil pendekatan tidak berkompromi dengan sebarang rundingan dengan Umno.
Mengakui isu itu antara yang dibincang dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini, Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata mesyuarat mencapai keputusan kolektif berhubung cadangan itu, tetapi keputusannya akan diumumkan Perdana Menteri dan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Bagaimanapun disebabkan presiden terpaksa bergegas ke Melaka kami tidak mengadakan sidang akhbar, jadi tidak sesuai untuk saya bercakap (apa-apa mengenainya)," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu di Menara Dato Onn di sini hari ini.
Beliau bagaimanapun mempersoalkan sama ada cadangan Anwar itu merupakan keputusan kolektif bersama parti lain yang membentuk pakatan pembangkang itu.
"Kita tekad keputusan yang dibuat adalah tanggungjawab bersama, tapi adakah bila Anwar buat cadangan itu merupakan 'collective responsibility'," katanya.
Anwar, yang juga Penasihat PKR, seperti dilaporkan sebuah portal berita hari ini mencadangkan supaya dialog terbuka dengan kerajaan diadakan bagi membincangkan 'isu-isu kebangsaan' yang perlu ditangani atas semangat merdeka.
Bagaimanapun, katanya seruan dialog itu tidak sama dengan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang pernah menjadi isu hangat sebelum ini.
Turut musykil dengan niat cadangan itu, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang menyifatkan Anwar sebagai 'semakin terdesak' apabila mengemukakan cadangan itu.
Menyifatkan perkara itu tidak perlu disegerakan, Mukhriz mencadangkan Anwar membawa perkara itu ke parlimen sekiranya beliau benar-benar serius dengan cadangannya itu.
"Bangkit dalam parlimen sebab kita selalu bersifat reconciliatory (berdamai) selepas pilihan raya tapi tak disambut malah dituduh dengan pelbagai kecaman. Bila didapati dalam petisyen semua kalah, baru nak buat tawaran seperti ini. Saya rasa itu kita tak boleh terima," katanya.
Ketua Pergerakan Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin turut mempersoalkan motif ketua pembangkang mengemukakan cadangan untuk berdialog dengan kerajaan.
Beliau berkata Anwar selama ini mengambil pendekatan menolak sebarang cadangan untuk berbincang mengenai isu parti dan negara walaupun perdana menteri membangkitkan perkara itu beberapa kali.
"Saya melihat beliau agak terlewat membawa isu ini. Sepatutnya isu ini sudah dibincang lebih awal lagi. Kita juga kena lihat sikap pembangkang apabila perkara yang membawa keuntungan kepada mereka, mereka akan cadangkan. Kalau ia tak menguntungkan, mereka akan menentang dan seterusnya memberikan macam-macam alasan.
"Venue yang paling sesuai adalah parlimen untuk kita membincangkan agenda-agenda yang penting berkaitan negara," katanya yang bersikap terbuka dengan cadangan itu dan berkata kerajaan Barisan Nasional tidak pernah menolak apa-apa perkara yang membawa kebaikan kepada parti serta negara.
Sementara itu mengulas mengenai mesyuarat hari ini, Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mesyuarat antara lain membincangkan tiga perkara utama termasuk mengenai peraturan pemilihan yang akan diadakan bagi sayap parti dan jawatan dalam MT.
Mesyuarat turut memberi penjelasan berhubung isu Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik selain tentang soal pengurusan harian parti termasuk beberapa pemasalahan berhubung pelaksanaan mesyuarat cawangan. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan