HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 Ogos 2013

Adun DAP: Pendidikan perlu bebas dari perkauman

 
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Universiti Teknoloji Mara mahupun sekolah agama rakyat perlu menerima semua kaum, kata Nga Kor Ming.



PETALING JAYA:  Sistem pendidikan negara perlu bebas dari perkauman supaya tidak menjadi penghalang kepada perpaduan, kata Adun Kepayang, Nga Kor Ming dari DAP dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perak hari ini.

“Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Universiti Teknologi Mara mahupun sekolah agama rakyat perlu menerima semua kaum.

“Ambil contoh SJKC telah diterima dengan baik dengan jumlah pelajar bukan Tionghua kira-kira 85, 000 orang. Kehadiran pelajar itu tidak melemahkan institusi pendikan tersebut,” katanya.

Nga dalam sidang itu juga membangkitkan isu mengenai jenayah yang berlaku dalam negara termasuk di kalangan masyarakat India.

Beliau  meminta kerajaan mencari jalan mengenal pasti apakah punca sebenar masyarakat India yang menyebabkan mereka terbabit dengan jenayah.

“Adakah kaum India terpinggir dari arus pembangunan perdana?” tanyanya.

Menurut Nga, operasi membanteras jenayah yang dilakukan pasukan keselamatan hanya bersifat sementara dan tidak boleh menyelesaikan masalah.

Katanya, pada Julai lalu 35 kes tembak menembak telah dilaporkan berlaku dan ini merupakan satu mimpi yang cukup ngeri.

Beliau menambah, 10 tahun lalu cuma tiga kes rogol dalam sehari tetapi kini meningkat kepada 10 kes sehari.

Nga juga mempersoalkan kewajaran kerajaan membawa masuk 1.4 juta pekerja warga Bangladesh ke Malaysia kerana jumlah itu sama ramai dengan penduduk Pulau Pinang.

“Adakah ini tranformasi Barisan Nasional, Malaysia nak jadi Bangladesia ke?” tanya Nga lagi.

Tiada ulasan: