MALAYSIA KINI
Bekas
ketua pengarang Kumpulan Utusan Tan Sri Zainuddin Maidin mengungkit
semula tindakan AirAsia menarik balik iklan dari akhbar Utusan Malaysia
susulan serangan yang dilancarkan akhbar berbahasa Melayu tersebut ke
atas syarikat penerbangan berkenaan.
Bekas anggota kabinet tersebut membangkitkan perkara itu dalam permohonan maafnya ke atas AirAsia, yang disiarkan di blog zamkata.blogspot.com pada hari Ahad lalu.
Permohonan maaf itu adalah berhubung satu tulisannya terdahulu, bertarikh 1 Julai yang “yang memberikan implikasi seolah seolah babi dihidangkan dalam penerbangan AirAsia dan Air Asia X”.
Dalam tulisan Ahad lalu, Zainuddin menceritakan semula perbualannya dengan beberapa orang kenamaan, termasuk ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia Datuk Kamaruddin Meranum dalam satu majlis sambutan Aidilfitri Utusan pada Jumaat lalu.
Menurut Zainuddin, beliau ditanya oleh Kamaruddin mengenai saman RM5 juta AirAsia dan AirAsia X ke atasnya berhubung “hidangan babi” tersebut.
Zainuddin berkata ia disebabkan “CEO AirAsia X (Azran Osman Rani) bersikap anti-Utusan dan menuduh Utusan rasis”.
Menurut Zainuddin, Kamaruddin kemudiannya menjelaskan bahawa Kamaruddin berkata syarikat penerbangan berkenaan tidak bersikap demikian.
Beliau kemudiannya menyoal semula: “Kalau tidak,kenapa AirAsia menarik balik iklannya dari Utusan?"
Perbincangan itu kemudiannya terhenti apabila ditenangkan oleh seorang lagi kenamaan yang hadir, kata Zam lagi.
Zam seterusnya dalam tulisan Ahad lalu memohon maaf dan menyebut, beliau tidak mampu membayar RM5 juta dan hanya hidup dengan wang persaraan.
Pengarang akhbar Utusan dalam pojok akhbar berkenaan pada hujung Mei lalu telahpun menyatakan keyakinan bahawa akhbar berkenaan akan dapat bertahan walau tanpa iklan dari AirAsia.
Malah, nilai iklan tersebut lebih rendah daripada yang diperolehi mereka daripada iklan jamu atau rawatan rambut, kata pengarang berkenaan dalam ruangan tulisan dengan nama samaran Awang Selamat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan