Menteri
Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mencadangkan agar Jabatan Penerangan
membuat tayangan bergerak untuk mendedahkan khalayah umum di Pulau
Pinang kepada filem Tanda Putera.
Katanya,
kaedah 'wayang pacak' itu boleh digunakan bagi menghadapi tindakan
kerajaan Pulau Pinang yang menghalang filem berkenaan ditayangkan di
pawagam negeri tersebut.
Bercakap kepada pemberita hari ini, beliau juga berharap agar pengusaha pawagam akan meneruskan tayangan.
"Harap mereka (pawagam) teruskan. Kalaupun ada usaha nak halang tengok filem di Pulau Pinang atau di mana-mana sahaja, saya minta, Jabatan Penerangan hantar wayang pacak ke semua padang di Pulau Pinang.
"Tayangkan Tanda Putera. Kalau
tidak dibenarkanlah. Tapi saya harap ia dibenarkan kerana ini filem
sejarah negara kita," katanya dalam sidang media di sambutan Hari Raya
Aidilfitri anjuran kementeriannya di ibu negara hari ini.
Beliau juga berpandangan bahawa filem tersebut wajar ditonton kerana ia memaparkan kisah negarawan yang menyelamatkan negara selepas insiden 13 Mei.
"Saya harap rakyat menontonnya. Kita tidak marah pada mana-mana kaum.
Filem itu menunjukkan peristiwa sejarah yang mana kita marah kepada pengganas komunis yang terdiri daripada Cina dan Melayu.
'Kita marah pengganas'
"Kita marah pada pengganas, bukan mana-mana kaum," tambahnya.
Mengulas
lanjut tindakan kerajaan negeri itu, Khairy menyifatkan langkah
tersebut "amat tidak munasabah dan dwi-standard" bagi sebuah negeri yang
ditadbir parti yang dianggap memperjuangkan demokrasi, kebebasan
bersuara dan berekspresi.
"Tiba-tiba ada filem yang berdasarkan kepada sejarah, diminta tidak ditayangkan di pawagam. Saya rasa memang double standard.
"Bila kena kepada batang hidungnya, tidak ada lagi kebebasan berekspresi, kebebasan bersuara. Tidak ada lagi manifestasi demokrasi melalui kebebasan kreatif," katanya.
Beliau
yang telah menonton filem itu berkata filem itu menceritakan bagaimana
Perdana Menteri Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail menyelamatkan negara
selepas peristiwa 13 Mei.
Malah beliau yang juga ketua Pemuda Umno Malaysia berpendapat filem itu adalah filem sejarah dan "ia tidak ada kena mengena" dengan pemimpin DAP.
"Jadi apa yang Lim Guan Eng terasa sangat, dia perasan sangat. Ia tidak ada kena mengena dengan beliau dan (Lim) Kit Siang. Ini adalah mencerita kisah sejarah.
"Kalau ada babak-babak dalam filem itu yang menggunakan creative license, yang disebabkan kreativiti pengarah dan sebagainya, itu perkara biasa dalam mana-mana gambaran sejarah," katanya.
Bercakap kepada pemberita hari ini, beliau juga berharap agar pengusaha pawagam akan meneruskan tayangan.
"Harap mereka (pawagam) teruskan. Kalaupun ada usaha nak halang tengok filem di Pulau Pinang atau di mana-mana sahaja, saya minta, Jabatan Penerangan hantar wayang pacak ke semua padang di Pulau Pinang.
Beliau juga berpandangan bahawa filem tersebut wajar ditonton kerana ia memaparkan kisah negarawan yang menyelamatkan negara selepas insiden 13 Mei.
"Saya harap rakyat menontonnya. Kita tidak marah pada mana-mana kaum.
Filem itu menunjukkan peristiwa sejarah yang mana kita marah kepada pengganas komunis yang terdiri daripada Cina dan Melayu.
'Kita marah pengganas'
"Kita marah pada pengganas, bukan mana-mana kaum," tambahnya.
"Tiba-tiba ada filem yang berdasarkan kepada sejarah, diminta tidak ditayangkan di pawagam. Saya rasa memang double standard.
"Bila kena kepada batang hidungnya, tidak ada lagi kebebasan berekspresi, kebebasan bersuara. Tidak ada lagi manifestasi demokrasi melalui kebebasan kreatif," katanya.
Malah beliau yang juga ketua Pemuda Umno Malaysia berpendapat filem itu adalah filem sejarah dan "ia tidak ada kena mengena" dengan pemimpin DAP.
"Jadi apa yang Lim Guan Eng terasa sangat, dia perasan sangat. Ia tidak ada kena mengena dengan beliau dan (Lim) Kit Siang. Ini adalah mencerita kisah sejarah.
"Kalau ada babak-babak dalam filem itu yang menggunakan creative license, yang disebabkan kreativiti pengarah dan sebagainya, itu perkara biasa dalam mana-mana gambaran sejarah," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan