Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan mesyuarat Majlis Tertinggi
(MT) Umno yang berlangsung sebentar tadi membincangkan cadangan Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Barisan Nasional (BN) dan
Pakatan Rakyat (PR) berbincang untuk menyelesaikan permasalahan negara.
Menurut Naib Presiden Umno itu, persetujuan telah dicapai berkenaan hal
itu namun hanya Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang boleh
mengumumkannya.
"Persetujuan bersama diperolehi berkenaan rundingan perpaduan tetapi
bukan saya yang mengumumkannya, "kata Hishamuddin apabila ditemui
selepas mesyuarat MT Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Ahli MT Umno Datuk Muhkriz Mahathir mempersoalkan motif Anwar untuk berbincang dengan BN.
"Beliau mahu bercakap mengenai rundingan perpaduan setelah kalah
pilihan raya lalu dan juga kalah dimahkamah apabila mengemukan petisyen
"Ia jelas membuktikan beliau tiada kredibiliti langsung apabila
membangkingkan dialog perpaduan ini sekarang, dia sepatutnya
membentangkan perkara ini di Parlimen," katanya.
Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang ditemui juga mempunyai pandangan sama dengan Mukhriz.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan