HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 Ogos 2013

Tanda Putera: Guan Eng berfikiran sempit, kata Ahmad Shabery

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
Tanda Putera di salah satu pawagam di Pulau Pinang dilekatkan tanda Tanda Putera di salah satu pawagam di Pulau Pinang dilekatkan tanda

















"Kerajaan Pulau Pinang mengamalkan budaya tapisan yang melampau dan dikhuatiri usaha sebegini akan bertambah tenat apabila mungkin suatu hari nanti lagu Negaraku juga akan diharamkan di Pulau Pinang.

"Perkara ini tidak mustahil kerana kerajaan pembangkang Selangor satu masa dahulu pernah bercadang unryk memboikot produk 1Malaysia di negeri berkenaan," katanya.

 Ahmad Shabery berkata pihaknya perlu meneliti terlebih dahulu sejauh mana kuasa kerajaan negeri dan kerajaan tempatan mempunysi kuasa bagi menghalang tayangan sesebuah filem di tempat mereka.

Sementara itu, Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia Datuk Yusof Haslam berkata beliau kesal dengan tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang menghalang tayangan Tanda Putera.

Beliau berkata industri perfileman negara seharusnya tidak dibabitkan dengan permainan politik kerana Tanda Putera sebuah filem sejarah dan tindakan kerajaan negeri itu adalah satu perbuatan yang melampau.

Katanya, pihak pembangkang seharusnya tidak bersifat kebudak-budakan kerana Lembaga Penapisan Filem (LPF) telah meluluskan penayangan filem berkenaan maka seharusnya sudah tidak berlaku lagi sebarang kontroversi.

"Harus kita ingat peristiwa 13 Mei sememangnya berlaku dan filem berkenaan tidak menyebelahi mana-mana kaum.

"Malah filem berkenaan menyampaikan mesej perpaduan maka saya minta Kerajaan Pulau Pinang tidak melakukan perkara sedemikian.

"DAP seharusnya menerima peristiwa 13 Mei adalah sejarah dan sememangnya berlaku. Jika Tanda Putera ditayangkan sekalipun tidak bermakna peristiwa berdarah 13 Mei akan berulang," katanya kepada The Malaysian Insider.

Kerajaan negeri Pulau Pinang haei ini menasihatkan semua panggung wayang di negeri itu tidak menayangkan filem kontroversi Tanda Putera, berikutan filem itu bernada perkauman.

Exco negeri, Chow Kon Yeow, berkata beliau akan menulis surat kepada pihak berkuasa tempatan di Pulau Pinang dan Seberang Prai untuk mengeluarkan notis kepada panggung wayang menasihatkan supaya tidak menayangkan filem yang dijadualkan berada di pawagam seluruh negara esok.

Chow berkata, beliau bertindak atas arahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Kita hanya boleh menasihatkan pengurusan pawagam. Ia terserah kepada mereka. Kita tidak ada kawalan terhadap isu kandungan filem,” kata exco yang bertanggungjawab terhadap kerajaan tempatan itu.

Tiada ulasan: