Ketua polis daerah Sungai Buloh Junaidi Bujang berkata mereka hanya “bercakap dengan pelajar” untuk bertanya lebih lanjut mengenai bilik persalinan yang diguna sebagai kantin sementara di sekolah terbabit.
"Ada enam orang kanak-kanak dalam gambar (dimuatkan oleh ibu bapa), jadi kita mahu tahu siapa kanak-kanak itu, sama ada gambar diambil semasa Ramadan, mengapa mereka makan di situ dan sebagainya.
"Kita tidak boleh hanya dengar (kata-kata) guru. Malah ibu bapa mendapat maklumat dari anak-anak mereka. Tapi kita tidak menyoal siasat kanak-kanak terbabit. Kami hanya berbual,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan