HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 Ogos 2013

Penan mulakan kembali hadangan di Murum

 


 
Anggota masyarakat Penan di Sarawak memulakan kembali hadangan di tapak empangan kontroversi Murum kerana masih ramai yang belum menerima pampasan dijanjikan sebelum notis pengusiran dikeluarkan.

Kira-kira 100 orang Penan yang terjejas dengan projek itu memulakan hadangan itu hari ini, bagi mengelakkan kenderaan pembinaan daripada memasuki tapak empangan.

September lalu, mereka mengadakan hadangan selama tiga bulan di tempat itu.

NONEIa berakhir apabila Sarawak Energy, yang memonopoli bekalan kuasa di negeri itu bertemu wakil penduduk dan berjanji membayar pampasan kepada keluarga yang dipaksa berpindah.

Peter Kallang daripada NGO Save Rivers memberitahu Malaysiakini, keluarga terlibat enggan berpindah sehingga tuntutan pampasan dibayar.

"Sarawak Energy dan (anggota Dewan Undangan Negeri Belaga) Liwan Lagang bertemu kami sebelum ini dan beritahu, pampasan sewajarnya akan dibayar kepada masyarakat itu.

"Setakat ini hanya sedikit keluarga dibayar sekitar RM5,000 untuk kerosakan kubur.

"Sekarang, Sarawak Energy minta mereka berpindah ke kawasan penempatan baru, tetapi mereka menolaknya sehingga tuntutan pampasan dipenuhi."

Tiada ulasan: