HALAMAN SANTAI

Jumaat, 30 Ogos 2013

Lagu Negaraku di Pawagam : Shabery Dakwa Malaysiakini Putarbelit Kenyataan

Hafiz Roslan


alt
PUTRAJAYA  - Tiada sebarang penguatkuatkuasaan undang-undang yang akan dibuat jika tidak menyanyikan lagu kebangsaan sebelum tayangan filem dimulakan di seluruh negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan untuk menguatkuasakan undamg-undang tersebut.

"Saya tidak terfikir nak katakan ada undang-undang kecuali dalam Malaysia Kini yang tulis nak buat undang-undang.

"Sering saya sebut ini adalah atas kesedaran sendiri kecuali Malaysiakini yang tulis kata saya nak buat undang-undang," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini hari ini.

Jelas beliau, nanyian lagu kebangsaan di setiap pawagam di Malaysia hanya dinyayikan selama seminggu pada bulan kemerdekaan ini, samaada untuk diteruskan atupun tidak ia bergantung kepada maklum balas orang ramai.

Sebelum ini Shabery dalam satu sidang media memberitahu, menyanyi lagu kebangsaan merupakan salah satu kaedah terbaik dalam memupuk semangat cintakan negara.

Tiada ulasan: