HALAMAN SANTAI

Rabu, 26 Mac 2014

Kempen dakwah Malaysia tolak konsert liar malam ini

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Lajnah Dakwah PAS Pusat, akan turun ke beberapa lokasi di ibu kota malam ini bagi menggerakkan kempen dakwah Malaysia tolak konsert liar.

Sukarelawan kempen ini akan berkumpul di hadapan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut bermula jam 8 malam, sebelum bergerak ke lokasi yang ditetapkan pada jam 9 malam.

Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat Nasrudin Hassan berkata, mereka yang mahu menyertai kempen ini diminta mengenakan pakaian putih dan hadir awal di tempat berkumpul.

"Kita akan turun mengedar risalah dan kempen dakwah 'Tiada lagi Konsert Liar di Malaysia'," kata beliau.

Maklumat lanjut berhubung kempen ini juga boleh didapati di www.facebook.com/MalaysiaTolakKonsertLiar.

Kempen ini diadakan berikutan insiden enam remaja meninggal dunia kerana pengambilan dadah berlebihan dalam Future Music Festival Asia (FMFA) 15 Mac lalu.

Dilaporkanseorang mati di tempat kejadian, di Stadium Bukit Jalil, manakala seorang lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Tiga yang lain meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM ).

Antara yang meninggal adalah seorang pemuda Melayu, dua wanita Melayu, seorang Cina dan India.

Kesemua rakyat Malaysia ini berusia antara 21 dan 28 tahun.

Tiada ulasan: