MALAYSIAKINI
Orang ramai diminta menghentikan semua spekulasi berkaitan insiden
kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 di laman
sosial kerana perkara itu hanya menimbulkan
kekeliruan pelbagai pihak.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri
Hasan Malek berkata walaupun kejadian kehilangan pesawat itu terus
dipersoal, tumpuan kerajaan kini adalah mencari kotak hitam bagi
mengetahui situasi sebenar insiden berkenaan.
"... masih lagi menjadi misteri, kenapa benda ini berlaku dan
sebagainya, dan selagi kotak hitam ini kami tak dapat ditemui, selagi
itulah misteri ini orang akan buat spekulasi yang bermacam-macam.
"Saya melihat jangan kita buat spekulasi tentang apa sahaja sebab ia
tidak bagus, kita kena juga menjaga dan menghargai perasaan anggota
keluarga penumpang dan kru pesawat itu," katanya kepada pemberita
selepas melancarkan Misi Larian Solo AROMA di Petaling Jaya semalam.
Beliau berkata rakyat harus melihat impak positif negara dalam
menghadapi kesukaran apabila negara luar menghulur bantuan dan sekali
gus membuktikan Malaysia sebuah negara yang dihormati.
"Bila keadaan macam ini berlaku, kalau negara luar tidak hormat pada
kita, sudah tentu mereka tidak akan bantu mencari pesawat MH370, namun
sebanyak 26 negara telah menghulurkan bantuan tanpa meminta sebarang
ganjaran," katanya.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan