HALAMAN SANTAI

Jumaat, 22 Ogos 2014

Adenan: Dakwaan NGO tidak berasas

 
Sarawak merupakan negeri yang secara sukarela diaudit oleh ITTO pada tahun 1990.


adenan satim


KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem mengkritik badan bukan kerajaan (NGO) di atas laporan yang tidak berasas mengenai bagaimana kerajaan negeri menguruskan hutan Sarawak.

Beberapa isu mengenai Sarawak termasuk semua dakwaan mengenai penebangan dan kemusnahan hutan, tanah gambut dan paya sebagai kesan pembalakan dan penanaman kelapa sawit berskala besar telah terpampang di media, pertubuhan antarabangsa, NGO domestik dan antarabangsa, tegas beliau.

Beliau juga berkata terdapat rungutan mengenai dakwaan penyalahgunaan hak Orang Asal oleh NGO tempatan dan ahli politik yang membawa isu itu ke badan antarabangsa seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC).

“Tanah ini masih mempunyai hutan terutama sekali hutan dipterokap campuran di kawasan bukit,” tegas Adenan ketika merasmikan Seminar Mengenai Persijilan Pengurusan Hutan (Hutan Semula Jadi) di ibu negeri Sarawak.

Kerajaan Sarawak telah melakukan pendekatan yang holistik dan komprehensif mengenai polisi penggunaan tanah di mana enam juta hektar tanah Sarawak akan dijadikan sebagai hutan simpan kekal untuk keberhasilan berterusan dan satu juta hektar yang diwujudkan sebagai kawasan terlindung dalam bentuk taman negara, hutan simpan dan santuari hidupan liar, kata beliau.

Pada Januari lalu, kerajaan Sarawak telah mengazetkan 602,000 hektar tanah dan 208,000 hektar kawasan perairan sebagai kawasan terlindung menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 810,000 hektar.

Kerajaan, tegas Adenan, sangat komited dalam menguatkuasakan polisi pertanian Sarawak supaya dapat memenuhi objektif pembangunan yang mapan dengan pengurusan sumber hutan dan biodiversiti yang lestari dan kerajaan telah menetapkan sasaran sebanyak 25 peratus penggunaan tanah untuk pelbagai tujuan pertanian.

Beliau juga berkata Sarawak mengakui kepentingan tanah gambut dan menggunakan tanah secara bijak melalui pendekatan yang ada dan tidak sewenang-wenangnya seperti yang didakwa oleh sesetengah NGO.

“Dengan bantuan dari Organisasi Balak Tropika Antarabangsa (ITTO) pada tahun 1990, kita telah melakukan kajian secara meluas mengenai perancangan jalan balak, ketepatan dan pembinaan dalam mengurangkan kesan kepada alam sekitar, dan juga kajian mengurangkan kesan pembalakan melalui Model Pengurusan Kawasan Hutan (MFMA).

“Sarawak merupakan negeri yang secara sukarela diaudit oleh ITTO,” kata Adenan.

Tiada ulasan: