Kebangkitan beliau bersama AMK itu adalah
berikutan kemarahan rakyat dengan tindakan zalim kerajaan terhadap
pimpinan Pakatan Rakyat.
SHAH ALAM: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd Akin menegaskan beliau bersama Angkatan Muda KEADILAN (AMK) yang lain akan menumpaskan Barisan Nasional (BN) lebih awal sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.
Hal ini kerana kes pertuduhan kes liwat 2 yang membabitkan Ketua Umum PKR itu akan diperdengar pada hujung bulan Oktober ini.
“Mungkin ini kongres yang terakhir untuk Anwar, jadi mari kita manfaatkan kongres ini untuk memberi sokongan dan gerakan dengan memberi amaran kepada Najib dan BN.
“Kalau Najib penjarakan Anwar, kita akan turunkan BN lebih awal,” katanya dalam ucapan dasar Ketua AMK di Shah Alam, hari ini.
Jelasnya lagi, kebangkitan beliau bersama AMK itu adalah berikutan kemarahan rakyat dengan tindakan zalim kerajaan terhadap pimpinan Pakatan Rakyat.
“Apa yang kita buat itu adalah ekoran daripada kemarahan rakyat kerana itu yang telah berlaku sejak 1998 dimana ia mengulangi sejarah bagaimana reformasi itu bermula, akhirnya rakyat marah dan pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-10, BN terasa tergugat.
“Manakala dalam PRU yang lalu, buat kali pertama dalam sejarah di Malaysia undi mereka (BN) dibawah 50 peratus.
“Jadi dengan tindakan yang zalim seperti ini saya yakin BN akan hadapi keadaan yang lebih sukar dan sebab itu kita gerakkan perhimpunan aman bagi memprotes kekejaman tersebut,” katanya dalam satu sidang media di sini.
Terdahulu, Mahkamah Persekutuan menetapkan 28 dan 29 Oktober sebagai tarikh bagi mendengar rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman bagi tuduhan tersebut.
Bagi memastikan PR mencapai kejayaan lebih besar, proses pembahagian kerusi di antara parti-parti PR juga perlu dilakukan dengan lebih berhikmah
“Usaha untuk membolehkan calon-calon bertanding di bawah satu lambang yang sama perlu dipergiatkan kembali dengan idea dan ikhtiar baru,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan