HALAMAN SANTAI

Khamis, 21 Ogos 2014

Agenda AMK: Mahu terus perkukuh muafakat Pakatan Rakyat

Oleh Fiza Abd Halim


KUALA LUMPUR: Memperkukuh muafakat dalam Pakatan Rakyat menjadi agenda utama Kongres Angkatan Muda KEADILAN (AMK) 2014 yang secara tidak langsung mencari jalan penyelesaian dalam kemelut yang berlaku di Selangor.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, pendekatan tersebut bertujuan untuk terus melakar masa depan pentadbiran Selangor supaya politik di negeri itu terus berkembang dan mencipta satu sejarah baru serta KEADILAN dapat mentadbir dalam jangka masa panjang.
black logo-01-01
 “Agenda AMK adalah untuk pastikan anak-anak muda terus bermuafakat dalam Pakatan Rakyat. Biar politik kita terus maju dan berkembang malah akan menjadi wacana bagi anak-anak generasi akan datang,” katanya kepada Keadilan Daily.

Tambah Shamsul, AMK bersama anak-anak muda akan berdepan dengan Umno yang masih bersifat zalim terutama kepada media dengan mengekang kebebasan untuk bersuara dan menyebarkan maklumat yang sahih kepada umum.

“Umno ini zalim, depan mereka bagi respon yang baik-baik, kononnya media boleh terus bersuara tetapi hakikatnya mereka berkelaluan sebaliknya. Contohnya, akhbar Suara Keadilan yang sehingga sekarang masih lagi tidak diberi permit oleh Kementerian Dalam Negeri.

“Ini jelas memperlihatkan bahawa Umno melakukan kezaliman yang berterusan,” tegasnya.

Menurut Shamsul lagi, dalam kongres itu nanti, AMK akan berkabung untuk negara sebagai tanda penghormatan di atas insiden pesawat MH17.

“Kita akan memberi penghormatan kepada mangsa-mangsa MH17 selain perbahasan daripada 14 negeri yang mewakili negeri masing-masing, dan akan ada juga penggulungan oleh barisan Exco yang lama,” katanya.

Tiada ulasan: