Oleh Shawaliah Hadir
SHAH ALAM: Tindakan pihak tertentu yang mendakwa mangsa tragedi MH17
diberikan penghormatan lebih mulia berbanding prajurit yang gugur dalam
pencerobohan Lahad Datu tahun lalu di sifatkan sebagai 'keterlaluan'.
Kolonel (B) Muhammad Maidin berkata, rakyat di negara ini sepatutnya
bersikap terbuka dan menghargai penghormatan yang diberikan oleh
kerajaan tanpa perlu menyentuh sensitiviti mana-mana pihak terutamanya
waris anggota pasukan keselamatan Malaysia yang terkorban dalam
menumpaskan pengganas Sulu yang mencerobohi Lahad Datu.
"Tidak patut kita mempersoalkan apa yang dilakukan kerajaan.
"Sebab ini melibatkan mangsa yang tidak bersalah bayangkan sahaja kalau
kita yang menjadi salah seorang keluarga mangsa macam mana perasaan
kita.
"Jadi janganlah kita pada masa ini mahu persoalkan ini keterlaluanlah," katanya ketika dihubungi kepada Antarapos.
Selain itu, Muhammad turut membidas pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melontarkan tuduhan sedemikian.
"Ini menunjukkan kerajaan bertanggungnjawab dan prihatin.
"Saya tidak nampak hanya lebih diberikan kepada mangsa MH17 sahaja
tidak kepada parajurit Lahad Datu, kerajaan yang menentukan. Kita juga
sepatutnya memberi penghormatan," jelasnya
Sesi perbahasan Konvensyen PKR semalam dikejutkan dengan dakwaan
seorang perwakilan kononnya mangsa tragedi MH17 diberikan penghormatan
lebih mulia berbanding prajurit yang gugur dalam pencerobohan Lahad Datu
tahun lalu.
"Kematian 10 orang perwira-perwira kita yang disambut dan dikebumikan
secara ala kadar, berbanding dengan kematian MH17 yang di atur begitu
rapi," kata perwakilan Perak yang juga Ahli Parlimen Lumut Mohamad Imran
Abdul Hamid.
"Yang jadi mangsa warga tentera, macam jadi hamba abdi, menguruskannya.
Bukan kita kata tidak boleh (pengurusan mangsa MH17) tetapi kita lihat
macam terlebih-lebih tindakan oleh kerajaan semata-mata untuk meraikan
mangsa MH17," katanya.
Jumaat lalu, seluruh negara bersatu dengan bertafakur dan berdoa
sempena kepulangan 17 jenazah dan tiga bekas abu mayat mangsa MH17 yang
ditembak jatuh di Ukraine pada bulan lalu.
Mereka antara 278 anak kapal dan penumpang yang terkorban akibat
tembakan peluru berpandu oleh pihak bertelagah di negara itu.
Mohamad Imran mendakwa anggota pasukan keselamatan Malaysia yang
terkorban dalam menumpaskan pengganas Sulu yang mencerobohi Lahad Datu
tidak diberikan penghormatan sedemikian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan