Oleh Aspan Alias
Keadaan di Selangor pada pandangan setengah pihak hanya boleh diselesaikan dengan pilihanraya negeri sahaja. Empat puluh tiga (43) kerusi yang disandang oleh Pakatan Rakyat ini adalah mandat yang diberikan kepada barisan aternatif ini semasa mereka bersatu dan se tangan dalam semua isu politik kita.
Dalam keadaan berkecamuk sekarang ini, untuk menumpukan kepada sokongan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri terhadap Wan Azizah itu bukannya kehendak rakyat, itu adalah kehendak pimpinan yang menggunakan mandat itu untuk berperang sesama mereka yang mendapat mandat itu.
Ini bukan isu perlembagaan dan undang-undang tubuh semata-mata, tetapi
ia adalah isu untuk mendapatkan kepastian samada rakyat masih bersetuju
dengan pemegang mandat ini berperang sesama sendiri. Rakyat memberi
mandat dahulu bukan untuk mereka jatuh menjatuhkan di antara satu dengan
yang lain.
Tetapi mereka mendapat mandat dahulu kerana rakyat tidak tahu semasa
itu yang mereka ini, akan menggunakan kepercayaan rakyat itu sebagai
senjata untuk menyembelih di antara satu dengan yang lain. Rakyat
merasakan yang mereka tidak aman dalam pemikiran mereka semasa
pentadbiran UMNO dahulu. Maka mereka membuat pilihan untuk menyokong
calon-calon PR untuk memberikan ketenangan keadaan kepada negeri
Selangor bukannya untuk mengeruhkan lagi keadaan.
Pakatan Rakyat boleh dapatkan surat sokongan dari ADUN-ADUN seramai
mana tetapi rakyat belum tentu bersetuju dengan tindakan mereka itu.
Rakyat perlu ditanya samada mereka bersetuju dengan tindakan itu. Cara
untuk bertanya rakyat ini ialah untuk mengadakan undian melalui
pilihanraya negeri sekali lagi.
Tanya rakyat sekali lagi jika mereka bersetuju dengan tindakan pimpinan
yang mendapat mandat dahulu. Tanya rakyat samada mereka bersetuju
dengan setengah pihak yang cuba untuk menekan Tuanku Sultan dan memaksa
Baginda memilih calon mereka yang baru itu.
Tanya rakyat jika PAS diberikan sokongan dahulu ialah untuk bersekutu
dengan yang bermain politik peribadi dan keluarga dalam PKR ini. Tanya
juga rakyat samada mereka setuju dengan PAS berdolak-dalik sekarang ini.
Terlebih penting lagi cuba bertanya kepada rakyat samada mereka
sekarang ‘bergumbira’ dengan permainan politik ‘hostile’ sesama sendiri
ini? Tidak guna kita bercerita yang pihak ini mendapat 43 undi di Dewan
Undangan atau mendapat dua atau berapa sekali pun. Semuanya itu adalah
permainan politik di antara mereka yang telah menyalahgunakan mandat
ramai dahulu.
PKR yang menghadapi masalah dalaman yang besar di setiap peringkat
hasil dari pemilihan parti yang baru selesai ini, telah dikatakan akan
kehilangan kerusi-kerusi penting. PAS juga akan merasakan keperitannya
jika parti itu terikut-ikut rentak dan silat PKR di Selangor dan seluruh
negara sekarang ini.
Tidak tahulah samada PAS sedar yang cita-cita untuk mendapatkan sebuah
negara yang bersatu seperti yang diidamkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat
itu tidak akan tercapai selagi keadaan perpecahan yang tidak mempunyai
cara untuk ‘mitigate’ masalah-masalah dalaman mereka (PKR).
Isnin ini, walaupun ramai yang tidak mengambil ‘pot’ terhadap apa yang
akan diputuskan oleh mesyuarat PAS dalam penentuan isu MB Selangor ini,
waktu untuk membetulkan keadaan masih terbuka untuk parti itu
melakukannya. PAS wajar bertindak secara ‘decisive’ dalam isu ini.
Apa pun seperti yang disebutkan tadi, pilihanraya negeri wajar, kerana
hendak bertanya kepada rakyat Selangor samada betul atau tidak apa yang
dilakukan sekarang oleh PKR, untuk memilih MB baru. Kita hendak juga
tahu samada rakyat Selangor bersetuju untuk mematahkan yang ada dan
menggantikannya dengan yang baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan