HALAMAN SANTAI

Khamis, 21 Ogos 2014

TPM tinjau persiapan akhir raptai sambut jenazah mangsa MH17

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
SEPANG: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini diberi taklimat ringkas berhubung persiapan Istiadat Penerimaan Jenazah Warga Malaysia MH17 yang akan tiba esok di Komples Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.
 
Taklimat tersebut diberikan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Md. Zin.
 
Selain Zulkifeli, turut memberi taklimat kepada Muhyiddin termasuk Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
 
Terdahulu, seramai 200 petugas media diberi taklimat mengenai perjalanan upacara berkenaan yang akan bermula seawal jam 7.30 pagi esok oleh pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Penerangan.

Tiada ulasan: