MSO
Menurut Abu Kassim Mohamad beliau berhenti sebagai Ketua
Pesuruhjaya SPRM bukan kerana ditekan oleh sesiapa tetapi atas
kehendaknya sendiri.
Tugasnya untuk menyegerakan penamatan kontraknya di suruhanjaya itu
ekoran beliau mendapat tawaran menjadi pakar jemputan di International
Anti Corruption Academy (IACA), sebuah Universiti Pencegahan Rasuah
pertama di dunia.
Betul dan penuh diplomasi sekali kalau Abu Kassim membuat penjelesan
begitu mengelak permberhentinnya menjadi kontroversi. Sebagai orang yang
cerdik dan tahu menghormat Kerajaan, beliau tidak akan membuat
penjelasan sebaliknya.
Sebelum ini sebuah Ngo (NOW) telah membuat sidang akhbar membayangkan
keterkejutan mereka dengan pengumuman tindakan Abu Kassim oleh KSN itu
dan memberi pentafsiran pemberhetian itu kerana ada tekanan dan arahan
pihak tertentu.
Penjelasan Abu Kassim itu bagaimana pun boleh dipertikaikan. Apakah
kerana ada tawaran dari luar beliau sedia meninggalkan perkhidmatan
untuk negara sendiri? Rasanya beliau lebih diperlu dan memaknakan
sumbangan kepada negara dengan terus menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM
daripada menjadi pensyarah jemputan.
Tidak payah cakap dan jelaslah, semua orang dapat berfikir dan menilai
penjelasan erti dan matan Abu Kassim itu. Dan jika tidak ada apa-apa,
SPRM bermasalah, masakan dua lagi orang pentingnya Mohd Shukeri Abdull
dan Bahri Mohamad Zain mengambil langkah sama?
Penjelasan Abu Kassim tidak lebih daripada hendak menjaga muka
pihak-pihak tertentu yang sudah berkeduh dan huduh dengan campur tangan
mereka di badan berkenaan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan