PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerima tempahan sebanyak
11,683 bagi nombor pendaftaran siri F, demikian menurut kenyataan
jabatan itu.
"Orang ramai yang telah mengemukakan tempahan nombor pendaftaran siri F
boleh mula menyemak keputusan tempahan pada 1 Julai 2016," katanya.
Nombor pendaftaran siri F dibuka untuk tempahan pada 1 Jun lepas dan ditutup pada 12.00 tengah hari, 14 Jun.
JPJ berkata notis keputusan akan dipamerkan di Pejabat JPJ Cawangan
Putrajaya dan Bahagian Pelesenan Kenderaan, Aras 3, Ibu Pejabat JPJ
Malaysia, Putrajaya serta semua Ibu Pejabat JPJ Negeri.
"Pemenang bagi tempahan nombor pendaftaran siri F boleh membuat bayaran
baki di mana-mana pejabat JPJ Negeri atau cawangan yang melaksanakan
urusan pendaftaran kenderaan," katanya.
Menurut JPJ, jumlah tempahan siri F itu merupakan jumlah kedua
tertinggi tempahan nombor pendaftaran selepas siri WWW yang dikeluarkan
oleh JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 2012.
JPJ berkata orang ramai yang berminat untuk mendapatkan nombor
pendaftaran semasa siri F yang tidak ditempah, juga boleh berbuat
demikian di mana-mana Pejabat JPJ Negeri mulai 3 Julai bagi
negeri-negeri yang bekerja pada hari Ahad dan 4 Julai bagi negeri-negeri
lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan