HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Jun 2016

Mohamad Sabu nafi keluar kenyataan dakwa Muhyiddin, Mukhriz sertai Amanah

MALAYSIA DATELINE
 
 
Mohamad SabuMohamad Sabu


Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu tidak pernah mengeluarkan kenyataan kononnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyertai Amanah seperti yang sedang tersebar di media sosial ketika ini.

Dalam satu kenyataan ringkas, setiausaha politik beliau Mohd Azhar Mat Dali berkata Mohamad tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung hala tuju politik kedua-dua pemimpin Umno yang baru dipecat itu.

"Presiden Amanah, Tuan Haji Mohamad Sabu tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung hala tuju politik Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"Sehubungan itu, kenyataan yang tersebar kononnya Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Sri Mukhriz telah menyertai Amanah adalah bukan daripada Presiden Amanah," katanya.

Pagi ini tersebar satu kenyataan media bertajuk "Muhyiddin dan Mukhriz sertai Amanah" kononnya dibuat oleh Mohamad.

Kenyataan itu antara lain memetik Mohamad kononnya mengucapkan terima kasih di atas penyertaan kedua-dua bekas pemimpin Umno itu ke dalam Amanah.

Selain itu, dalam kenyataan itu juga Mohamad dikatakan mahu persefahaman bersama yang wujud ini ditumpukan untuk menuntut Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan supaya tindakan politik rakus perdana menteri itu dapat dihentikan.

Tiada ulasan: