MALAYSIAKINI
Polis sedang menyoal-siasat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad berhubung kenyataannya yang menyifatkan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak sebagai 'Idi Amin Malaysia'.
Mengesahkan perkara itu, peguam Haniff Khatri berkata Mahathir kini
disoal siasat di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.
Mahathir pada ucapannya pada pilihan raya kecil di Kuala Kangsar
berkara Najib ibarat diktator Uganda itu kerana menggunakan harta negara
sehingga dia ditolak oleh rakyat.
Idi Amin adalah Presiden Uganda yang memerintah dari tahun 1971
hingga 1979. Beliau dikenali kerana pencabulan hak asasi manusia, rasuah
dan pembunuhan.
Najib pada malam kemenangan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada
18 Jun lalu secara berseloroh membidas Mahathir dan berkata “Idi Amin
Malaysia lebih popular” dan keputusan pilihan raya menunjukkan bahawa
rakyat menolak Deklarasi Rakyat.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Mahathir berkata beliau tidak akan menarik balik kenyataannya.
"Saya tidak akan tarik balik. Saya tak kata dia (Najib) bunuh orang, tetapi saya kata dia bukan presiden baik," katanya.
Mahathir juga memberitahu pemberita bahawa soal siasat hari ini tidak
berlangsung lama, kerana beliau enggan menjawab kebanyakan soalan.
Katanya, beliau hanya mengakui membuat perbandingan di antara Najib
dan Idi Amin, dan butiran seperti masa dan tempat beliau membuat
kenyataan itu.
"Bagi tuduhan khusus ke atas saya, saya akan jawap di mahkamah," katanya.
Beliau berkata polis akan mengunjungnya sekali lagi selepas sambutan
Aidilfitri dan kali ini, beliau akan disoal mengenai tulisan di blognya.
LIHAT VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan