HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Jun 2016

Terkejut dilantik Timbalan Menteri Kewangan

SINAR HARIAN
Othman Aziz
Othman Aziz - Foto Bernama


ALOR SETAR - "Saya amat terkejut dan tidak menjangka pengumuman ini akan dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," kata Datuk Othman Aziz sejurus selepas mendapat tahu beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan dalam rombakan dan penyusunan semula Kabinet hari ini.

Othman yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Jerlun bagaimanapun berkata, beliau amat berterima kasih dan menghargai kepercayaan yang diberikan perdana menteri kepadanya.

"Insya-Allah saya akan laksanakan tugas terbaik bagi bantu beliau (Najib) dan Menteri Kewangan untuk jalankan kerja-kerja di kementerian tersebut, bagaimanapun saya perlu melihat apakah tanggungjawab yang akan diberikan secara khusus kepada saya," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi di Parlimen Jerlun yang selama ini menyokong beliau dan berharap sokongan tersebut akan berterusan.

"Melalui pelantikan ini saya harap mereka (rakyat Jerlun) juga akan dapat tempias dan manfaat di atas pelantikan ini, sama-samalah kita berdoa semoga semuanya dapat faedah daripada pelantikan ini demi masa depan bersama," katanya. – Bernama

Tiada ulasan: