HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Jun 2016

Laporan Charlie TUDM dipintas jet Indonesia diteliti

SINAR HARIAN
Hishammuddin Tun Hussein
Hishammuddin Tun Hussein


KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan sedang meneliti secara terperinci dakwaan laporan kononnya sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dipintas oleh dua jet pejuang Indonesia berhampiran Kepulauan Natuna hari ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata berdasarkan laporan itu, pesawat Charlie C130 milik TUDM dipintas di ruang udara ketika dalam penerbangan dari Pangkalan Udara TUDM Subang ke Labuan.

"Laporan insiden itu dah diterima, namun belum dapat maklumat lengkap secara sahih...kita akan menyiasat mengenainya," katanya kepada pemberita selepas mengagihkan 1,000 bungkusan bubur lambuk kepada pengunjung Bazar Ramadan di Taman Setiawangsa di sini.

Beliau berkata, sebelum ini, isu-isu yang melibatkan kedua-dua pihak berjaya diselesaikan secara diplomasi.

Hishammuddin berkata, beliau mempunyai hubungan erat dengan Menteri Pertahanan Indonesia, Ryamizard Ryacudu, dan tidak mempunyai masalah untuk berbincang sekiranya laporan yang diterima itu memerlukan beliau untuk menghubungi rakan sejawatannya itu.

Beliau berharap media bertanggungjawab dan tidak memperbesarkan insiden itu demi menjaga keharmonian dan hubungan baik kedua-dua negara. – Bernama



Tiada ulasan: