GOPENG - Seorang jemaah masjid terkejut mendapati plastik merah yang
ditemui di meja di pekarangan Masjid Jamek Baru Gopeng, berisi mayat
seorang bayi lelaki, malam tadi.
Mayat bayi malang yang cukup sifat itu ditemui lelaki berkenaan kira-kira jam 10.35 malam.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, mayat seberat 900gram itu dijumpai dalam keadaan dibungkus dengan kain batik dan dimasukkan ke dalam plastik berwarna merah bersama sekeping nota.
"Nota berkenaan bertulis 'Assalamualaikum minta jasa masjid mengebumikan dan sembahyangkan anak saya'.
"Siasatan dijalankan dengan bantuan Bahagian Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan dianggarkan bayi berkenaan berusia 6 hingga 7 bulan," katanya.
Menurut Kong Soon, mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan