HALAMAN SANTAI

Rabu, 29 Jun 2016

Letupan di Puchong bukan serangan pengganas

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SERDANG: Kejadian letupan yang mengakibatkan empat lelaki dan empat wanita cedera dalam kejadian di sebuah pub di IOI Boulevard, Bandar Puchong Jaya, di sini pagi tadi bukan dilakukan kumpulan pengganas.
 
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd. Rahim Jaafar berkata, sebaliknya, polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut dan menjurus kepada motif persaingan perniagaan ataupun permusuhan antara individu.
 
Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.
 
Selain itu, beliau turut mengesahkan bahan letupan yang digunakan adalah jenis bom tangan.
 
Kesemua mangsa yang cedera termasuk seorang wanita warga China kini dihantar ke Hospital Serdang dan Hospital Sunway untuk mendapatkan rawatan.
 
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 pagi, pengunjung pub itu dikejutkan dengan satu letupan yang dipercayai dilemparkan oleh seorang suspek.
 
Ketika kejadian, pub berkenaan dipenuhi orang ramai yang menyaksikan perlawanan kejohanan bola sepak Euro 2016.
 
 

Tiada ulasan: