HALAMAN SANTAI

Rabu, 29 Jun 2016

Kit Siang Beri Isyarat Mahu Saman Mufti Pahang ?





kit



Penasihat DAP, Lim Kit Siang seperti memberi isyarat bersedia untuk menyaman Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkaitan isu ‘kafir harbi’ apabila meretweet artikel FMT bertajuk “No legal immunity for Pahang mufti, says lawyer

Artikel FMT yang memetik kenyataan peguam pro DAP, Syahredzan Johan berkata Abdul Rahman sebagai mufti Pahang tidak memiliki kekebalan daripada undang-undang untuk membuat kenyataan mengenai kafir harbi.

“Jika ia kesalahan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan, beliau sudah tentu boleh didakwa. Mufti tidak ada kekebalan undang-undang seperti itu,” kata Syahredzan sebagai respons kepada laporan keengganan Abdul Rahman menarik balik kenyataannya itu.

Mufti Pahang itu melabelkan “kafir harbi” kepada DAP kerana bercakap menentang rang undang-undang persendirian PAS untuk menaik taraf status mahkamah syariah.

Syahredzan tidak bersetuju, berkata Seksyen 40 hanya menjadikan mufti dikecualikan daripada dipanggil ke mahkamah untuk memberi pendapat atau bukti, bukan tidak boleh didakwa mengikut undang-undang.

Beliau berkata jika sekalipun ia akan dijadikan fatwa, ia masih perlu mengikut perundangan tertentu, diwartakan untuk menjadi rasmi.

“Ia satu pendapat. Bukan fatwa. Fatwa pun perlu mengikut perundangan tertentu, diwartakan untuk menjadi rasmi,” katanya kepada FMT.

Dalam Twitter, Syahredzan meruju kepada Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang menyatakan “sesiapa yang membuat, menerbitkan atau mengedarkan sebarang kenyataan, khabar angin atau laporan dengan niat untuk mencetuskan atau mungkin mencetuskan sebarang kelas atau komuniti seseorang untuk melakukan kesalahan terhadap mana-mana kelas atau komuniti seseorang, akan dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya”.

Tiada ulasan: