HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Jun 2016

Yayasan Dr M tak terima dana k’jaan, hanya sewa bangunan

MALAYSIAKINI


"Kami merujuk kepada laporan berita baru-baru ini yang menyatakan kerajaan diminta menghentikan semua bentuk bantuan kewangan kepada yayasan itu termasuk peruntukan penyelenggaraan dan juga kakitangan yang dibekalkan untuk operasi yayasan itu.

"Yayasan ini tidak pernah mendapat pembiayaan daripada kerajaan berkaitan dengan pengurusan dan /atau kakitangan yang diambil kerja olehnya.

"Pembabitan kerajaan dalam yayasan itu adalah semata-mata sebagai penyewa yang menyewa premis untuk digunakan sebagai pejabat perdana menteri keempat yang dibayar sewanya oleh kerajaan," kata yayasan itu.

"Kerajaan juga bertanggungjawab ke atas gaji kakitangan awam yang ditugaskan ke pejabat bekas perdana menteri yang terletak di premis itu," katanya



Tiada ulasan: